Connect with us

Antarabangsa

Hamas lunas tunggakan gaji 50,000 kakitangan awam Gaza

Pihak berkuasa Hamas di Semenanjung Gaza di sini, sudah mula mengagihkan bayaran gaji bulan Jun kepada kira-kira 50,000 pekerja sektor awam yang tidak dibayar selama hampir tiga minggu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Hamas lunas tunggakan gaji 50,000 kakitangan awam Gaza
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pihak berkuasa Hamas di Semenanjung Gaza di sini, mula mengagihkan bayaran gaji bulan Jun kepada kira-kira 50,000 pekerja sektor awam yang tidak dibayar selama hampir tiga minggu.
  • Kementerian kewangan tempatan semalam berkata kelewatan pembayaran berpunca akibat dana bayaran gaji lewat diterima dari Qatar, selaku penderma bantuan utama kepada wilayah Gaza.
  • Kementerian kewangan dikendalikan Hamas berkata Gaza adalah sebuah negara miskin yang mengalami kejatuhan hasil cukai selain lonjakan perbelanjaan.
  • Pengerusi pejabat media kerajaan Hamas, Salama Marouf berkata, penerimaan hampir separuh daripada geran gaji bulanan Qatar berjumlah AS$5 juta (RM22.7 juta) dan pinjaman daripada bank tempatan Gaza, memudahkan pembayaran gaji pada hari ini, sambil menambah krisis kewangan masih berterusan.
  • Kebanyakan 2.3 juta penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan dan ekonomi bergantung kepada bantuan asing.

GAZA: Pihak berkuasa Hamas di Semenanjung Gaza di sini, sudah mula mengagihkan bayaran gaji bulan Jun kepada kira-kira 50,000 pekerja sektor awam yang tidak dibayar selama hampir tiga minggu.

Kementerian kewangan tempatan semalam berkata kelewatan pembayaran berpunca akibat dana bayaran gaji lewat diterima dari Qatar, selaku penderma bantuan utama kepada wilayah Gaza.

Kementerian kewangan yang dikendalikan Hamas berkata Gaza adalah sebuah negara miskin yang mengalami kejatuhan hasil cukai selain lonjakan perbelanjaan.

Pengerusi pejabat media kerajaan Hamas, Salama Marouf berkata, penerimaan hampir separuh daripada geran gaji bulanan Qatar berjumlah AS$5 juta (RM22.7 juta) dan pinjaman daripada bank tempatan Gaza, memudahkan pembayaran gaji pada hari ini, sambil menambah krisis kewangan masih berterusan.

Kebanyakan 2.3 juta penduduk Gaza hidup dalam kemiskinan dan ekonomi bergantung kepada bantuan asing.

Qatar membayar ratusan juta dolar Amerika sejak 2014 untuk projek pembinaan.

Setakat ini Qatar membayar AS$30 juta (RM136.2 juta) sebulan sebagai bayaran tetap untuk keluarga, bahan api untuk elektrik dan membantu membayar gaji sektor awam.

Kos gaji Hamas berjumlah 125 juta shekel (AS$34.5 juta atau RM156.7 juta) sebulan.

Gaza berada di bawah sekatan Israel-Mesir sejak 2007 apabila Hamas yang menentang perdamaian dengan Israel mengambil alih kawalan.

Kakitangan sektor awam tidak menerima gaji penuh sejak 2013.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *