Connect with us

Terkini

Gaji penjawat awam lelaki dipotong caruman SKSSR untuk isteri

Gaji penjawat awam lelaki dicadang akan dipotong untuk caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi pihak isteri mereka.

Wartawan TMT

Published

on

Gaji penjawat awam lelaki dipotong caruman SKSSR untuk isteri
Foto: Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar (dua dari kanan) mengadakan sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan SKSSR, di Kuala Terengganu
  • Gaji penjawat awam lelaki dicadang akan dipotong untuk caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi pihak isteri mereka.
  • Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kementeriannya masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa negeri untuk melaksanakan potongan gaji terhadap penjawat awam lelaki tersebut.
  • “Sebenarnya di pihak penjawat awam Persekutuan, kita telah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).
  • “Namun, bagi penjawat awam negeri ia terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing, cuma kementerian ada berbincang kerana manfaatnya besar untuk suri rumah dan penjawat awam (suami) itu sendiri.”
  • “Kerjasama dengan negeri-negeri ini juga adalah sebahagian inisiatif kementerian untuk mencapai sasaran 500,000 suri rumah berdaftar dengan skim tersebut menjelang akhir tahun ini,” katanya selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan SKSSR, di sini, hari ini.
  • SKSSR memberi perlindungan kepada suri rumah menerusi faedah hilang upaya kekal, perubatan dan pemulihan, elaun keuzuran, bantuan dialisis, pencen penakat dan pengurusan mayat.

KUALA TERENGGANU – Gaji penjawat awam lelaki dicadang akan dipotong untuk caruman Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) bagi pihak isteri mereka.

Menteri Sumber Manusia, V. Sivakumar berkata, kementeriannya masih dalam peringkat perbincangan dengan beberapa negeri untuk melaksanakan potongan gaji terhadap penjawat awam lelaki tersebut.

Menterinya, V. Sivakumar berkata, setakat ini, masih tiada negeri yang melaksanakan potongan gaji tersebut, namun Terengganu adalah antara negeri yang telah menunjukkan maklum balas positif untuk melaksanakan cadangan itu.

“Sebenarnya di pihak penjawat awam Persekutuan, kita telah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

“Namun, bagi penjawat awam negeri ia terpulang kepada kerajaan negeri masing-masing, cuma kementerian ada berbincang kerana manfaatnya besar untuk suri rumah dan penjawat awam (suami) itu sendiri.

“Kerjasama dengan negeri-negeri ini juga adalah sebahagian inisiatif kementerian untuk mencapai sasaran 500,000 suri rumah berdaftar dengan skim tersebut menjelang akhir tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kerjaya MyFutureJobs dan SKSSR, di sini, hari ini.

Advertisement

Sejak dilancarkan pada 1 Disember 2022 hingga 2 Julai lalu, seramai 178,710 orang suri rumah di seluruh negara telah dilindungi SKSSR. 

Di Terengganu pula, seramai 13,085 suri rumah telah mencarum dengan SKSSR, menjadikan Terengganu sebagai negeri ketiga pencarum  tertinggi selepas Sabah dan Sarawak.  

Mengulas lanjut, beliau berkata ahli politik, pemimpin masyarakat dan syarikat-syarikat korporat juga perlu mengambil bahagian untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai manfaat yang bakal diperolehi melalui SKSSR.

SKSSR memberi perlindungan kepada suri rumah menerusi faedah hilang upaya kekal, perubatan dan pemulihan, elaun keuzuran, bantuan dialisis, pencen penakat dan pengurusan mayat.

Semua suri rumah berusia bawah 55 tahun dan menguruskan rumah tangga sepenuh masa atau separuh masa, serta berkahwin atau bujang, layak untuk menyertai skim itu, dengan caruman RM120 bagi tempoh 12 bulan, yang dibayar secara lebih awal.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement

Author

Terkini

Kredit e-Madani dilarang pindah atau tebus tunai, akaun boleh disekat

Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kerajaan menegaskan nilai kredit eMadani tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.
  • Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.
  • “Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.
  • “Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA – Kerajaan menegaskan nilai kredit eMADANI tidak boleh digunakan bagi pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai.

Sebaliknya, Kementerian Kewangan (MOF) berkata, ia hanya boleh digunakan untuk pembelian secara fizikal melalui e-dompet yang terlibat iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet atau QR DuitNow di 1.8 juta peruncit atau perniagaan di seluruh negara.

Menurut MOF, pihaknya tidak akan bertanggungjawab jika terdapat sebarang kehilangan kredit akibat daripada pemindahan peer-to-peer atau penebusan tunai itu, justeru orang ramai dinasihatkan sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan berkenaan oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

“Ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMADANI daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMADANI mereka.

“Pihak Kerajaan akan mengambil langkah tegas termasuk menyekat akaun yang terlibat dan melucutkan hak kredit penerima eMADANI jika terdapat laporan bagi mana-mana kes yang melibatkan pemindahan ‘peer-to-peer’ atau penebusan tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas MOF, program eMADANI diluncurkan bertujuan untuk menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

Pendaftaran program eMADANI dibuka sehingga 20 Februari 2024 dan akan memanfaatkan seramai 10 juta rakyat dewasa yang layak, meliputi golongan B40 dan M40.

Advertisement

Kerajaan memperuntukkan sebanyak RM1 bilion bagi program berkenaan seperti diumumkan pada majlis peluncuran kerangka Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat pada 27 Julai lalu.

Sumber : Utusan

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending