Terkini
Fahmi keluarkan report card Malaysia lebih baik di bawah Kerajaan Madani
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyenaraikan lima bukti bahawa Malaysia kini berada di kedudukan lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.

- Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyenaraikan lima bukti bahawa Malaysia kini berada di kedudukan lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.
- Menteri itu dalam hantaran di Facebook berkongsikan Kad Laporan 7 Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri 2) dalam bentuk grafik yang menggariskan bukti terbabit iaitu pertama; ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lalu iaitu 4.8 peratus.
- Beliau berkata, jumlah pelaburan ke Malaysia juga semakin meningkat di mana pada suku pertama tahun ini mencatatkan RM71.4 billion berbanding suku pertama tahun lalu iaitu RM44.7 bilion.
- Katanya, kadar inflasi di Malaysia semakin rendah iaitu 3.9 peratus bagi suku pertama dan 3.6 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding 3.7 peratus dan 4.2 peratus, masing-masing bagi suku ketiga dan suku keempat pada 2022.
- Bagaimanapun, perkongsian itu menerima reaksi negatif daripada netizen yang majoritinya seakan-akan tidak percaya dan tidak mengendahkan terhadap pencapaian dinyatakan menteri berkenaan.
- Malah ada di antara mereka menggunakan peringatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini supaya ‘tidak pasti, jangan kongsi’ beserta dengan ikon ketawa.
KUALA LUMPUR — Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyenaraikan lima bukti bahawa Malaysia kini berada di kedudukan lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Madani.
Menteri itu dalam hantaran di Facebook berkongsikan Kad Laporan 7 Bulan Kerajaan Perpaduan (Siri 2) dalam bentuk grafik yang menggariskan bukti terbabit iaitu pertama; ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan lebih baik pada suku pertama tahun ini dengan 5.6 peratus berbanding tempoh sama bagi tahun lalu iaitu 4.8 peratus.
Beliau berkata jumlah pelaburan ke Malaysia juga semakin meningkat di mana pada suku pertama tahun ini mencatatkan RM71.4 billion berbanding suku pertama tahun lalu iaitu RM44.7 billion.
Katanya, kadar inflasi di Malaysia semakin rendah iaitu 3.9 peratus bagi suku pertama dan 3.6 peratus bagi suku kedua tahun ini berbanding 3.7 peratus dan 4.2 peratus, masing-masing bagi suku ketiga dan suku keempat pada 2022.
“Indeks kebebasan akhbar bertambah baik daripada di kedudukan ke-113 pada tahun lalu, berubah kepada kedudukan ke-73 bagi tahun ini.
“Manakala, kedudukan Daya Saing Dunia (WCR) naik lima anak tangga kepada ke-27 tahun ini berbanding ke-32 pada tahun lalu,” katanya dalam hantaran media sosial itu pada Selasa.

Foto : Tangkap Layar Hantaran Fahmi Fadzil di FB.
Bagaimanapun, perkongsian itu menerima reaksi negatif daripada netizen yang majoritinya seakan-akan tidak percaya dan tidak mengendahkan terhadap pencapaian dinyatakan menteri berkenaan.
Malah ada di antara mereka menggunakan peringatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini supaya ‘tidak pasti, jangan kongsi’ beserta dengan ikon ketawa.
Pengguna Facebook, @Mohd Ibrahim berkata, “Tidak payah bangga sangat dengan indeks kebebasan akhbar itu.. tidak lama lagi lingkup kerajaan ada menteri komunikasi terpaling……”
Pengguna Facebook, @Sheikh Rönn Al Melory pula berkata, “Ok Mi (Fahmi), berita diterima. #CukupSepenggal.”
The Merdeka Times sebelum ini melaporkan pakar ekonomi, Profesor Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali mengingatkan pihak berwajib supaya berhati-hati dalam mentakrifkan penurunan kadar inflasi.
Profesor itu berkata ini kerana yang menurun adalah kadar kenaikan harga, bukannya harga.
Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) yang mengatakan inflasi Februari 2023 kekal pada kadar 3.7 peratus, mereda dari 4.7 peratus pada Ogos 2022. — The Merdeka Times
Sumber : Facebook Fahmi Fadzil

You must be logged in to post a comment Login