Antarabangsa
E-visa umrah mula dikeluarkan Arab Saudi
Kementerian Haji dan Umrah mula mengeluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.
- Kementerian Haji dan Umrah mula keluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.
- Ia juga seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.
- Kementerian itu menyatakan bahawa individu yang mahu mendapatkan e-visa boleh mengemukakan permohonan di platform Nusuk: https://www.nusuk.sa/ar/about, supaya mereka boleh mula tiba di negara berkenaan pada 19 Julai ini.
- Platform Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam di seluruh dunia untuk melawat Makkah dan Madinah, menyediakan pilihan perumahan, kediaman dan perkhidmatan pengangkutan, selain akses mudah kepada pakej maklumat pengayaan serta peta interaktif dalam beberapa bahasa.
JEDDAH – Kementerian Haji dan Umrah mula mengeluarkan visa elektronik (e-visa) sebagai sebahagian daripada usaha untuk membolehkan lebih ramai umat Islam mengerjakan ibadah umrah di negara itu.
Ia juga seiring untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan umrah bagi mencapai matlamat Wawasan Saudi 2030.
Kementerian itu menyatakan bahawa individu yang mahu mendapatkan e-visa boleh mengemukakan permohonan di platform Nusuk: https://www.nusuk.sa/ar/about, supaya mereka boleh mula tiba di negara berkenaan pada 19 Julai ini.
Platform Nusuk memudahkan prosedur ketibaan umat Islam di seluruh dunia untuk melawat Makkah dan Madinah, menyediakan pilihan perumahan, kediaman dan perkhidmatan pengangkutan, selain akses mudah kepada pakej maklumat pengayaan serta peta interaktif dalam beberapa bahasa.
Kementerian Haji dan Umrah sebelum ini mengumumkan dengan kerjasama pihak berkuasa itu, pemegang visa pelancong dari Majlis Kerjasama Teluk negara-negara Arab dan pemegang visa Schengen boleh menempah janji temu umrah melalui aplikasi Nusk.
Kementerian Haji dan Umrah juga memudahkan prosedur bagi pemegang jenis visa yang berbeza.
Kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Haji dan Umrah kepada individu yang ingin menunaikan umrah itu adalah sebahagian daripada perundangan baharu yang diterima pakai baru-baru ini, termasuk mengurangkan yuran insurans untuk jemaah sebanyak 63 peratus sambil mengekalkan kelestarian perkhidmatan kesihatan untuk mereka.
Selain itu, pengeluaran visa umrah dikurangkan daripada 24 jam dan melanjutkan visa umrah daripada tempoh 30 kepada 90 hari tanpa keperluan kesihatan.
Prosedur umrah yang dikemas kini juga membenarkan wanita menunaikan umrah tanpa penjaga lelaki (mahram).
Peraturan baharu itu juga membenarkan pelawat melawat tapak unik di negara terbabit untuk mengetahui mengenai kepelbagaian budaya negara dan memperkaya pengalaman agama dan budaya. – AGENSI
Sumber: Berita Harian