Connect with us

Antarabangsa

Diskriminasi kaum, AS siasat polisi kemasukan ke Harvard

Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada Harvard mengamalkan diskriminasi kaum membabitkan polisi kemasukan ke universiti berkenaan.

Wartawan TMT

Published

on

Diskriminasi kaum, AS siasat polisi kemasukan ke Harvard
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan mengenal pasti sama ada Harvard mengamalkan diskriminasi kaum membabitkan polisi kemasukan ke universiti berkenaan.
  • Merujuk surat dikemukakan agensi berkenaan, siasatan tersebut membabitkan sama ada universiti itu hanya memilih pemohon berdasarkan kroni iaitu mereka yang mempunyai hubungan dengan penderma dan alumni.  
  • Siasatan ke atas polisi kemasukan universiti berprestij itu dilaksanakan kira-kira sebulan selepas sebuah mahkamah agung mengeluarkan keputusan melarang penggunaan kaum dalam permohonan kemasukan ke kolej.
  • Keputusan itu mencetuskan perdebatan baharu berkaitan keadilan polisi kemasukan ke universiti terkemuka di AS dan sejauh mana menyumbang kepada ketidaksamaan.
  • Dalam aduan tersebut, kumpulan itu memaklumkan hampir 70 peratus pemohon Harvard yang mempunyai hubungan keluarga atau kaitan dengan penderma adalah warga kulit putih.

WASHINGTON: Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat (AS) sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada Harvard mengamalkan diskriminasi kaum membabitkan polisi kemasukan ke universiti berkenaan.

Merujuk surat yang dikemukakan agensi berkenaan, siasatan tersebut membabitkan sama ada universiti itu hanya memilih pemohon berdasarkan kroni iaitu mereka yang mempunyai hubungan dengan penderma dan alumni.  

Siasatan ke atas polisi kemasukan universiti berprestij itu dilaksanakan kira-kira sebulan selepas sebuah mahkamah agung mengeluarkan keputusan melarang penggunaan kaum dalam permohonan kemasukan ke kolej.

Keputusan itu mencetuskan perdebatan baharu berkaitan keadilan polisi kemasukan ke universiti terkemuka di AS dan sejauh mana menyumbang kepada ketidaksamaan.

Siasatan dilaksanakan sayap hak sivil Jabatan Pendidikan merupakan tindak balas daripada aduan difailkan oleh tiga organisasi yang mewakili pelajar dari kumpulan minoriti.

Mereka menegaskan pemilihan kemasukan berdasarkan alumni mendiskriminasi pemohon dari komuniti minoriti. 

Dalam aduan tersebut, kumpulan itu memaklumkan hampir 70 peratus pemohon Harvard yang mempunyai hubungan keluarga atau kaitan dengan penderma adalah warga kulit putih.

“Faedah diterima oleh pemohon yang kebanyakannya adalah warga kulit putih dari kroni adalah amat besar,” jelas laporan aduan itu. 

Kumpulan itu turut memuat naik salinan surat Jabatan Pendidikan AS kepada Harvard yang menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan. 

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Oklahoma arah semua sekolah awam ajar Bible

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.
  • Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.
  • “Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 
  • Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Pegawai pendidikan tertinggi Oklahoma, Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengarahkan semua sekolah awam di negeri itu untuk memasukkan Bible (Kitab Injil) ke dalam pelajaran bagi pelajar gred 5 hingga 12.

Arahan kepada supritendan pendidikan di seluruh negeri oleh Superintendan Republikan, Ryan Walters menyatakan pematuhan kepada arahan itu adalah wajib dan “pematuhan segera dan ketat dijangka”.

“Bible adalah dokumen sejarah yang diperlukan untuk mengajar anak-anak kita tentang negara ini,” kata Walters dalam klip video disiarkan di akaun X rasminya dipetik CBS News. 

Beliau berkata beberapa tokoh menggunakan Bible sebagai asas untuk dokumen asas dan pergerakan di negara ini. 

“Setiap guru, setiap bilik darjah di negeri ini akan mempunyai Bible di dalam bilik darjah, dan akan mengajar daripada Bible,” kata Walters.

Arahan itu dilihat sebagai usaha terbaharu negeri diperintah pihak konservatif untuk menyasarkan sekolah awam di mana sebelum ini Louisiana menetapkan penyiaran Sepuluh Perintah (Ten Commandments) di dalam bilik darjah dan arahan itu memerlukan paparan bersaiz poster Sepuluh Perintah dalam “font besar dan mudah dibaca” dalam semua bilik darjah awam, dari tadika hingga universiti yang dibiayai kerajaan. 

Kumpulan kebebasan awam dilaporkan memfailkan tuntutan mahkamah beberapa hari selepas arahan itu dikeluarkan dengan mengatakan undang-undang terbabit melanggar pemisahan gereja dan negeri, dan paparan itu akan mengasingkan pelajar, terutama mereka yang bukan beragama Kristian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending