Connect with us

Antarabangsa

Chatbot kahwinkan pasangan di Colorado

Program komputer kecerdasan buatan (AI), Chatbot mencipta sejarah apabila mengendalikan majlis perkahwinan di negeri Colorado, Amerika Syarikat bulan lalu, lapor portal berita New York Post semalam (Ahad).  

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Chatbot kahwinkan pasangan di Colorado
Foto: Pasangan Reece Wiench (kiri) dan Deyton Truitt (kanan) menggunakan Chatbot (tengah) bagi menggantikan paderi dalam majlis perkahwinan mereka di Colorado pada bulan lalu.
  • Program komputer kecerdasan buatan (AI), Chatbot mencipta sejarah apabila mengendalikan majlis perkahwinan di negeri Colorado, Amerika Syarikat bulan lalu, lapor portal berita New York Post semalam (Ahad). 
  • Pasangan Reece Wiench dan Deyton Truitt meraikan perkahwinan mereka di gereja di Morrison, Colorado dan mereka bersetuju menggunakan teknologi masa depan.
  • Mereka menggunakan Chatbot dikuasakan ChatGPT bagi menggantikan paderi dalam majlis perkahwinan.
  • Colorado tidak memerlukan pegawai perkahwinan berlesen untuk mengiktiraf majlis perkahwinan.
  • Bapa pengantin perempuan, Stephen Wiench, mempunyai idea menggunakan chatbot yang lebih mudah dan lebih murah  dalam majlis perkahwinan anaknya.

WASHINGTON – Program komputer kecerdasan buatan (AI), Chatbot mencipta sejarah apabila mengendalikan majlis perkahwinan di negeri Colorado, Amerika Syarikat bulan lalu, lapor portal berita New York Post semalam (Ahad).  

Pasangan Reece Wiench dan Deyton Truitt meraikan perkahwinan mereka di sebuah gereja di  Morrison, Colorado dan mereka bersetuju menggunakan teknologi masa depan.

Mereka menggunakan Chatbot yang  dikuasakan oleh ChatGPT bagi menggantikan paderi dalam majlis perkahwinan.

“Terima kasih semua kerana menyertai kami untuk meraikan cinta dan perpaduan yang luar biasa, Reece Wiench dan Deyton Truitt,” kata chatbot itu pada majlis perkahwinan pasangan itu.

Wiench dan Truitt berkata, mereka merancang perkahwinan mereka dalam masa lima hari sahaja dan menjelaskan bahawa suaminya akan ditempatkan untuk bertugas oleh pihak tentera, manakala  Wiench mahu menyertainya selepas latihan asas.

Colorado tidak memerlukan pegawai perkahwinan berlesen untuk mengiktiraf majlis perkahwinan.

Sehubungan itu, bapa pengantin perempuan, Stephen Wiench, mempunyai idea untuk menggunakan chatbot yang lebih mudah dan lebih murah dalam majlis perkahwinan anaknya.

Chatbot pada mulanya teragak-agak untuk menjalankan majlis itu, gurau portal berita yang juga stesen televisyen, CBS Colorado. – Agensi

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *