Antarabangsa
Berbeza pendapat Akta Berita Dalam Talian, Kanada tangguh pengiklanan di FB
Kerajaan Kanada memutuskan untuk menangguhkan semua pengiklanannya di Facebook (FB) dan Instagram berikutan perselisihan mengenai Akta Berita Dalam Talian.
- Kerajaan Kanada memutuskan untuk menangguhkan semua pengiklanannya di Facebook (FB) dan Instagram berikutan perselisihan mengenai Akta Berita Dalam Talian.
- Menteri Warisan, Pablo Rodriguez, berkata kerajaan Persekutuan tidak boleh terus membayar pengiklanan kepada Meta, sementara mereka enggan membayar jumlah yang sewajarnya kepada organisasi berita Kanada, lapor Xinhua.
- Akta Berita Dalam Talian atau Rang Undang-Undang C-18, menerima perkenan diraja pada 22 Julai dan akan dikuatkuasakan menjelang akhir 2023.
- Perundangan menggariskan supaya platform teknologi berunding dengan organisasi berita Kanada untuk memberi pampasan yang adil atas kerja mereka.
OTTAWA – Kerajaan Kanada memutuskan untuk menangguhkan semua pengiklanannya di Facebook (FB) dan Instagram berikutan perselisihan mengenai Akta Berita Dalam Talian.
Menteri Warisan, Pablo Rodriguez, berkata kerajaan Persekutuan tidak boleh terus membayar pengiklanan kepada Meta, sementara mereka enggan membayar jumlah yang sewajarnya kepada organisasi berita Kanada, lapor Xinhua.
Akta Berita Dalam Talian atau Rang Undang-Undang C-18, menerima perkenan diraja pada 22 Julai dan akan dikuatkuasakan menjelang akhir 2023.
Perundangan menggariskan supaya platform teknologi berunding dengan organisasi berita Kanada untuk memberi pampasan yang adil atas kerja mereka.
Gergasi teknologi Meta dan Google memberi respon bahawa syarikat itu akan menyekat kandungan berita untuk pengguna Kanada sebagai tindak balas.
“Facebook memutuskan untuk menyekat berita.
“Inilah puncanya kami mengumumkan bahawa kerajaan Kanada akan menggantung pengiklanan di Facebook dan Instagram. Google, sebaliknya terbuka untuk mencari penyelesaian,” kata Rodriguez.
Google dan Meta memperoleh 80 peratus daripada hasil pengiklanan digital di Kanada, kata Rodriguez di media sosialnya.
Menurut Rodriguez, kerajaan Persekutuan Kanada kini membelanjakan kira-kira 10 juta dolar Kanada (AS$7.5 juta) setahun untuk pengiklanan di platform Meta.
Sumber: Berita Harian