Terkini
(VIDEO) Bawa politik lapuk, calon Sungai Kandis MUDA teruk dikritik netizen
Calon baharu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dikritik netizen di media sosial.
- Calon baharu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dikritik netizen di media sosial.
- Calon MUDA itu, Afriena Shaqira Sariff dikritik netizen susulan video kempennya yang dilihat seakan-akan menyindir ahli politik senior sedangkan beliau baru ‘setahun jagung’ dalam dunia politik.
- Afriena berkata sekiranya pengundi menginginkan calon pemimpin yang berhasrat menumbangkan mana-mana kerajaan (paparkan artikel, ‘Muhyiddin Dakwa Kerajaan Perpaduan Bakal Tumbang’), maka beliau bukanlah orangnya.
- Beliau juga menolak menjadi calon yang ‘memuji-muji’ Kerajaan MADANI setiap hari.
- The Merdeka Times mendapati rata-rata netizen mengkritik Afriena sebagai tidak matang dengan membawa manifesto sindiran dan memaparkan video berkempen yang tidak menarik hati pengundi kerana tiada pembaharuan ditawarkan, sebaliknya dilihat politik lama atau lapuk.
- Mereka berkata politik sedemikian sudah terlalu banyak memenuhi ‘pasaran’ di Malaysia sekaligus mempersoalkan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini melaungkan akan membawa politik baru yang menjauhi amalan lapuk.
KUALA LUMPUR — Calon baharu Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang akan bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis pada Pilihan Raya Negeri (PRN) dikritik netizen di media sosial.
Calon MUDA itu, Afriena Shaqira Sariff dikritik netizen susulan video kempennya yang dilihat seakan-akan menyindir ahli politik senior sedangkan beliau baru ‘setahun jagung’ dalam dunia politik.
Afriena berkata sekiranya pengundi menginginkan calon pemimpin yang berhasrat menumbangkan mana-mana kerajaan (paparkan artikel, ‘Muhyiddin Dakwa Kerajaan Perpaduan Bakal Tumbang’), maka beliau bukanlah orangnya.
Beliau juga menolak menjadi calon pemimpin yang ‘memuji-muji’ Kerajaan MADANI setiap hari.
View this post on Instagram
“Tapi kalau anda nak wakil yang rajin bekerja, anak jati Selangor, yang bersedia untuk mendengar dan berusaha tak kiralah jalan berlubang ke air tak ada ke lampu jalan dan isu isu tempatan. Sayalah orangnya.
“Manifesto saya bukan formula untuk turun harga barang, tetapi untuk sentiasa turun padang. Afriena Shaqira Sariff calon yang berkhidmat dari parti MUDA,” katanya menerusi video tular dimuat naik di Twitter @partimuda pada Isnin lalu.
The Merdeka Times mendapati rata-rata netizen mengkritik Afriena sebagai tidak matang dengan membawa manifesto sindiran dan memaparkan video berkempen yang tidak menarik hati pengundi kerana tiada pembaharuan ditawarkan, sebaliknya dilihat politik lama atau lapuk.
Mereka berkata politik sedemikian sudah terlalu banyak memenuhi ‘pasaran’ di Malaysia, sekaligus mempersoalkan Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang sebelum ini melaungkan akan membawa politik baru yang menjauhi amalan lapuk.
Manifesto Afriena menawarkan usaha sentiasa turun padang juga dikritik netizen yang meminta beliau memahami terlebih dahulu tugas di antara ahli DUN dengan Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan.
Ada di antara mereka juga dengan sarkastik mengucapkan terima kasih kepada calon MUDA itu kerana ‘menderma’ kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) apabila dijangka bakal kehilangan deposit.
Antara tangkap layar kritikan netizen di ruangan komen di Twitter:
Sementara itu, dalam ciapan berbeza Afriena turut dihentam netizen apabila dikatakan gagal mengenal pasti kawasan DUN beliau sendiri semasa beramah mesra bersama penduduk di Taman Rakyat.
Dalam ciapan itu, beliau yang memuat naik gambarnya berdekatan longgokan sampah sarap di kawasan pasar dikunjunginya turut menjadi bahan kritikan netizen.
“Sebelum pulang, saya mendapati terdapat longgokan sampah terbiar yang tidak dikutip di kawasan pasar yang mencacatkan pemandangan.
“Saya harap pihak yang bertanggungjawab dapat menyelesaikan isu ini,” kata Afriena dalam ciapannya semalam, diulang ciap netizen yang mengatakan sekiranya tugas seorang pemimpin sekadar menunjuk berlaku longgokan sampah sarap, maka adiknya yang masih tadika juga boleh menjadi calon pemimpin.
Sebelum ini, Syed Saddiq mengesahkan parti itu akan bertanding dalam PRN akan datang yang membawa maksud MUDA bakal bertembung Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).
Bagaimanapun, ramai pihak termasuk Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub menjangkakan parti itu hilang deposit bagi semua kerusi dipertandingkan apabila berpendirian untuk bergerak solo dalam PRN yang berlangsung pada 12 Ogos nanti.
Beliau berkata parti itu tidak mampu untuk memberi saingan sengit kepada parti lain apatah lagi ketika berlaku persaingan tiga penjuru.
Ini kerana, akar umbi MUDA dilihat tidak sekukuh parti politik lain seperti PAS, UMNO, DAP mahupun BERSATU bahkan sokongan diterima juga tidak begitu memberangsangkan. — The Merdeka Times
Sumber: Twitter @SyedAkramin, @partimuda & @AfrienaShaqira