Connect with us

Terkini

Ateis belum guna akal tapi mereka sangka sebaliknya – Hamza’s Den

Mereka yang dibesarkan sebagai Muslim tetapi memilih meninggalkan Islam biasanya berpunca dari kecamukan emosi, bukan disebabkan agama Islam itu sendiri.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
A.R. Khan

Published

on

Ateis belum guna akal tapi mereka sangka sebaliknya – Hamza’s Den
Foto: Pendakwah di Hyde Park, United Kingdom (UK), Hamza’s Den atau nama asalnya Darren Myatt.
  • Mereka yang dibesarkan sebagai Muslim tetapi memilih meninggalkan Islam biasanya berpunca dari kecamukan emosi, bukan disebabkan agama Islam itu sendiri.
  • Itu jawapan bro Hamza’s Den atau nama asalnya Darren Myatt, seorang pendakwah di Hyde Park, United Kingdom (UK) ketika berkongsi pengalamannya berdepan golongan yang mendakwa keluar dari agama Islam dan mengaku berpegang kepada fahaman ateisme.
  • “Mereka tidak tahu kenapa Islam itu benar, tidak tahu kenapa mereka Muslim dan kerana itu mereka tiada alasan untuk memilih Islam atau kekal sebagai Muslim,” katanya kepada The Merdeka Times selepas program perkongsian “From the darkness of atheism to the light of Islam” anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.
  • Golongan ateis tidak layak menuntut diri mereka sebagai pejuang bidang kajian sains kerana sains selari dengan Islam, malah ‘kaedah saintifik’ dicipta orang Islam.

Kuala Lumpur – Mereka yang dibesarkan sebagai Muslim tetapi memilih meninggalkan Islam biasanya berpunca dari kecamukan emosi, bukan disebabkan agama Islam itu sendiri.

Itu jawapan bro Hamza’s Den atau nama asalnya Darren Myatt, seorang pendakwah di Hyde Park, United Kingdom (UK) ketika berkongsi pengalamannya berdepan golongan yang mendakwa keluar dari agama Islam dan mengaku berpegang kepada fahaman ateisme.

Menempelak tuntutan golongan ateis, beliau berkata golongan ateis tidak layak menuntut diri mereka sebagai pejuang bidang kajian sains kerana sains selari dengan Islam, malah ‘kaedah saintifik’ dicipta orang Islam.

Katanya, manusia tanpa pegangan yang kukuh ketika berdepan dengan ancaman liberalisme dan saintisme, akan mula mengutip apa sahaja yang disajikan golongan terbabit.

“Mereka tidak tahu kenapa Islam itu benar, tidak tahu kenapa mereka Muslim dan kerana itu mereka tiada alasan untuk memilih Islam atau kekal sebagai Muslim,” katanya kepada The Merdeka Times selepas program perkongsian “From the darkness of atheism to the light of Islam” anjuran Multiracial Reverted Muslims (MRM) di International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS), Kuala Lumpur pada Sabtu lalu.

Hamza turut menjawab persoalan kenapa agama sering didakwa sebagai mekanisme untuk mengawal, menyekat dan mengehadkan manusia.

“Apa masalahnya dengan perkara tersebut?,” kawalan satu lumrah dalam kehidupan, anak perlu dikawal supaya dia tidak mencederakan dirinya, agar dia memilih perkara yang betul, tuan rumah pula mengawal penyewanya supaya sewanya dibayar dan setiap kerajaan juga turut sama bertindak mengawal rakyatnya.

“Apa yang Islam lakukan adalah; meletakkan kamu di tangan Sang Pencipta, dengan kesedaran bahawa yang mengawal kamu benar-benar tahu apa yang terbaik bagi kamu dan benar-benar tahu apa yang akan membahayakan kamu.

“Jadi adalah satu keistimewaan untuk dikawal oleh yang Maha Menguasai, subhan-Allah. Ini bukan sesuatu yang negatif, ia sesuatu yang positif,” katanya. – The Merdeka Times

Author