Connect with us

Antarabangsa

Arab Saudi panggil duta Sweden susulan insiden bakar al-Quran

Arab Saudi memanggil duta Sweden ke negara itu bagi mengecam perbuatan membakar al-Quran di luar masjid Stockholm, yang mencetuskan tindak balas diplomatik di seluruh dunia Islam, lapor media kerajaan, hari ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Arab Saudi panggil duta Sweden susulan insiden bakar al-Quran
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Arab Saudi memanggil duta Sweden ke negara itu bagi mengecam perbuatan membakar al-Quran di luar masjid Stockholm, yang mencetuskan tindak balas diplomatik di seluruh dunia Islam, lapor media kerajaan, hari ini.
  • Negara yang menjadi rumah kepada tempat paling suci dalam Islam, Makkah dan Madinah itu, mengecam insiden pada Rabu lalu, membabitkan seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden, Salwan Momika, 37, yang bertindak memijak kitab suci umat Islam itu dan membakar beberapa halaman muka surat.
  • Kementerian luar memanggil duta besar itu semalam bagi menggesa Sweden “menghentikan semua tindakan yang secara langsung bercanggah dengan usaha antarabangsa untuk menyebarkan nilai toleransi, kesederhanaan dan penolakan ekstremisme serta melemahkan rasa saling menghormati yang diperlukan untuk hubungan antara rakyat dan negara”, demikian laporan Saudi Press Agency.

RIYADH: Arab Saudi memanggil duta Sweden ke negara itu bagi mengecam perbuatan membakar al-Quran di luar masjid Stockholm, yang mencetuskan tindak balas diplomatik di seluruh dunia Islam, lapor media kerajaan, hari ini.

Negara yang menjadi rumah kepada tempat paling suci dalam Islam, Makkah dan Madinah itu, mengecam insiden pada Rabu lalu, membabitkan seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden, Salwan Momika, 37, yang bertindak memijak kitab suci umat Islam itu dan membakar beberapa halaman muka surat.

Kementerian luar memanggil duta besar itu semalam bagi menggesa Sweden “menghentikan semua tindakan yang secara langsung bercanggah dengan usaha antarabangsa untuk menyebarkan nilai toleransi, kesederhanaan dan penolakan ekstremisme serta melemahkan rasa saling menghormati yang diperlukan untuk hubungan antara rakyat dan negara”, demikian laporan Saudi Press Agency.

Tindakan Momika membakar Al-Quran dibuat tepat pada permulaan cuti Aidiladha dan berakhirnya ibadah haji tahunan di Arab Saudi, yang mencetuskan kemarahan meluas.

Negara lain, termasuk Iraq, Kuwait, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi turut memanggil duta Sweden sebagai tanda protes.

Semalam, Iran berkata, ia menangguhkan penghantaran duta baharunya ke Sweden susulan insiden itu.

Pada mesyuarat luar biasa di ibu pejabatnya di Jeddah semalam, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berpangkalan di Arab Saudi menggesa langkah kolektif bagi mengelakkan insiden membakar Al-Quran pada masa hadapan.

Polis Sweden memberikan permit kepada Momika, selaras dengan perlindungan kebebasan bersuara, namun pihak berkuasa kemudian, berkata mereka membuka siasatan mengenai “pergolakan terhadap kumpulan etnik”, dengan menyatakan Momika membakar halaman muka surat kitab suci Islam.

Kerajaan Sweden mengecam tindakan Momika semalam dan menyifatkan ia sebagai “Islamofobia.” – AFP

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *