Connect with us

Terkini

Anwar cabuli kedaulatan undang-undang?

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah mencabuli prinsip kedaulatan undang-undang di Malaysia susulan beliau dilaporkan media sebagai memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Anwar cabuli kedaulatan undang-undang?
Foto: Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla (kiri) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah mencabuli prinsip kedaulatan undang-undang di Malaysia susulan beliau dilaporkan media sebagai memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.
  • Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla berkata kenyataan itu menimbulkan sekurang-kurangnya dua masalah besar daripada konsep kedaulatan undang-undang yang perlu difahami dan diperbetulkan segera.
  • “Pertamanya ketidakfahaman apakah itu jenayah dan jenayah tidak boleh diselesaikan seperti kes sivil diluar mahkamah… ya jika ada pulangan mana mana isu jenayah hasil rasuah sebagainya boleh diambil mahkamah untuk mengurangkan hukuman yang akan dijatuhkan tapi itu dengan sendirinya tidak boleh mengelakkan mana-mana penjenayah tidak dituduh di mahkamah.
  • “Dan yang kedua untuk mengatakan bahawa akan mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan dan sebagainya adalah mencabuli kedaulatan undang-undang dengan campur tangan salah, menyalahi Seksyen 23 Akta SPRM 2009,”  kata Hanif menerusi perkongsian video di Facebook pada Selasa.
  • Peguam kanan itu menegaskan kedaulatan undang-undang bermaksud isu siasatan pendakwaan jenayah tidak berdepan sebarang campur tangan mana-mana pihak termasuk pihak eksekutif.

KUALA LUMPUR — Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah mencabuli prinsip kedaulatan undang-undang di Malaysia susulan beliau dilaporkan media sebagai memberi kata dua kepada seorang pemimpin politik sama ada memulangkan semula harta yang didakwa dicuri atau bersedia untuk disiasat.

Pengamal undang-undang, Haniff Khatri Abdulla berkata kenyataan itu menimbulkan sekurang-kurangnya dua masalah besar daripada konsep kedaulatan undang-undang yang perlu difahami dan diperbetulkan segera.

“Pertamanya ketidakfahaman apakah itu jenayah dan jenayah tidak boleh diselesaikan seperti kes sivil di luar mahkamah… ya jika ada pulangan mana mana isu jenayah hasil rasuah sebagainya boleh diambil mahkamah untuk mengurangkan hukuman yang akan dijatuhkan tapi itu dengan sendirinya tidak boleh mengelakkan mana-mana penjenayah tidak dituduh di mahkamah.

“Dan yang kedua untuk mengatakan bahawa akan mengarahkan pihak berkuasa melakukan siasatan dan sebagainya adalah mencabuli kedaulatan undang-undang dengan campur tangan salah, menyalahi Seksyen 23 Akta SPRM 2009 .

“Saya percaya pada masa ini Anwar Ibrahim terdedah oleh mana-mana laporan oleh sesiapa yang terkesan untuk disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM,” katanya menerusi perkongsian video di Facebook pada Selasa.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan berita bertajuk, ‘’Pulangkan semula harta dicuri atau bersedia untuk disiasat’ – Anwar’ yang diterbitkan Berita Harian pada Isnin lalu.

Perdana Menteri turut dilaporkan menegaskan sekiranya pemimpin itu gagal berbuat demikian, beliau akan mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasatnya.

Mengulas lanjut, Haniff berkata jenayah adalah jenayah dan ia tidak boleh diselesaikan melalui pemulangan wang semula jika jenayah itu adalah curi ataupun rasuah.

Katanya, perkara itu sepatutnya difahami mana-mana pemimpin, terutama perdana menteri.

Beliau turut mempersoalkan adakah Anwar bercadang untuk menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai perdana menteri untuk menghindar daripada tindakan jenayah diambil sekiranya individu berkenaan menyelesaikan apa yang didakwa sebagai satu kecurian atau rasuah.

“Itu salah, dan melawan kefahaman dari sudut konsep jenayah mahupun kedaulatan undang-undang…. Adakah Anwar Ibrahim mencadangkan jika individu itu tidak kononnya memberi kerjasama atas dakwaan beliau melakukan kesalahan jenayah maka baru tindakan jenayah diambil… itu pun salah,” kata Haniff.

Haniff menegaskan kedaulatan undang-undang bermaksud isu siasatan pendakwaan jenayah tidak berdepan sebarang campur tangan mana-mana pihak termasuk pihak eksekutif.

“Untuk Anwar Ibrahim mengatakan jika tidak dipulangkan semula maka saya (Anwar) akan arahkan pihak SPRM siasat sampai rumah, sampai ke pejabat, sita harta itu adalah kenyataan yang jelas terzahir salah guna kuasa.

“Kenyataan Anwar Ibrahim itu dengan sendirinya berbentuk penyalahgunaan kuasa di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 yang sepatutnya tidak boleh diungkap oleh perdana menteri mahupun mana-mana pemimpin kerajaan,” katanya. — The Merdeka Times

Sumber : Facebook Haniff Khatri

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *