Connect with us

Antarabangsa

60,000 kematian direkodkan akibat cuaca panas melampau – WHO

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan ‘keperluan terdesak dan mendesak’ untuk menangani krisis iklim, dengan 60,000 kematian direkodkan di Eropah tahun lalu akibat cuaca panas melampau.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

60,000 kematian direkodkan akibat cuaca panas melampau – WHO
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan ‘keperluan terdesak dan mendesak’ untuk menangani krisis iklim, dengan 60,000 kematian direkodkan di Eropah tahun lalu akibat cuaca panas melampau.
  • Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge, berkata jumlah kematian akibat panas melampau ‘dijangka meningkat dari tahun ke tahun’.
  • Beliau juga menggesa orang ramai supaya sentiasa menyemak laporan cuaca, mengikuti garis panduan tempatan dan mengetahui risiko kesihatan berkaitan cuaca daripada sumber yang sahih.
  • “Zon bahaya semasa, termasuk di selatan dan timur Eropah. Selain menyesuaikan diri dengan realiti baharu musim panas ini, kita perlu melihat tahun dan dekad yang akan datang. Terdapat keperluan terdesak dan mendesak untuk tindakan serantau dan global bagi menangani krisis iklim secara berkesan kerana ia berupaya memberi ancaman kepada manusia,” katanya semalam.

COPENHAGEN: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menekankan ‘keperluan terdesak dan mendesak’ untuk menangani krisis iklim, dengan 60,000 kematian direkodkan di Eropah tahun lalu akibat cuaca panas melampau.

Pengarah Serantau WHO untuk Eropah, Hans Kluge, berkata jumlah kematian akibat panas melampau ‘dijangka meningkat dari tahun ke tahun’.

Beliau juga menggesa orang ramai supaya sentiasa menyemak laporan cuaca, mengikuti garis panduan tempatan dan mengetahui risiko kesihatan berkaitan cuaca daripada sumber yang sahih.

“Zon bahaya semasa, termasuk di selatan dan timur Eropah.

“Selain menyesuaikan diri dengan realiti baharu musim panas ini, kita perlu melihat tahun dan dekad yang akan datang. Terdapat keperluan terdesak dan mendesak untuk tindakan serantau dan global bagi menangani krisis iklim secara berkesan kerana ia berupaya memberi ancaman kepada manusia,” katanya semalam.

Dalam jangka masa panjang, Kluge percaya pengadaptasian Deklarasi Budapest yang mengutamakan tindakan segera dan meluas terhadap cabaran kesihatan berkaitan dengan perubahan iklim sejak awal bulan ini akan memakan masa yang panjang bagi menangani ‘kesan terburuk perubahan iklim terhadap kesihatan dan sistem kesihatan’.

Beliau turut percaya deklarasi itu akan menggerakkan pembabitan golongan muda kerana mereka benar-benar terkait dalam isu iklim yang kini diwarisi dan sering tampil dengan idea dan penyelesaian.

“Tindakan terhadap perubahan iklim tidak boleh disandarkan kepada kerajaan atau parti politik tertentu, ia wajar menjadi isu bukan partisan yang diperjuangkan oleh semua pihak dalam spektrum politik,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *