Connect with us

Antarabangsa

10 peratus rakyat India keluar daripada kemiskinan dalam lima tahun

Sepuluh peratus atau sekitar 135 juta penduduk India berjaya keluar daripada garis kemiskinan dalam tempoh lima tahun hingga Mac 2021.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

10 peratus rakyat India keluar daripada kemiskinan dalam lima tahun
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sepuluh peratus atau sekitar 135 juta penduduk India berjaya keluar daripada garis kemiskinan dalam tempoh lima tahun hingga Mac 2021.
  • Laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan India menyatakan bahawa kawasan luar bandar menyaksikan pengurangan paling tinggi dalam garisan kemiskinan negara itu.
  • Berdasarkan kajian yang menggunakan Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), isu seperti kekurangan zat makanan, pendidikan dan sanitasi menjadi faktor utama menjurus kepada kemiskinan.
  • Laporan Program Pembangunan PBB (UNDP) yang dikeluarkan minggu lalu menyatakan jumlah penduduk India yang hidup dalam kemiskinan multidimensi turun kepada 16.4 peratus pada 2021, daripada 55 peratus pada 2005.
  • Berdasarkan laporan berkenaan, negeri yang menyaksikan jumlah terbesar keluar daripada kemiskinan ialah Uttar Pradesh yang mempunyai 343 juta penduduk, disusuli negeri Bihar dan Madhya Pradesh. 

NEW DELHI – Sepuluh peratus atau sekitar 135 juta penduduk India berjaya keluar daripada garis kemiskinan dalam tempoh lima tahun hingga Mac 2021.

Laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan India menyatakan bahawa kawasan luar bandar menyaksikan pengurangan paling tinggi dalam garisan kemiskinan negara itu.

Berdasarkan kajian yang menggunakan Indeks Kemiskinan Multidimensi (MPI) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), isu seperti kekurangan zat makanan, pendidikan dan sanitasi menjadi faktor utama menjurus kepada kemiskinan.

Laporan berdasarkan Tinjauan Kesihatan Keluarga Kebangsaan 2019 hingga 2021 mendapati peratusan penduduk yang hidup dalam kemiskinan turun kepada 15 peratus pada tahun berkenaan, manakala 25 peratus direkodkan pada tahun 2015 hingga 2016.

Laporan Program Pembangunan PBB (UNDP) yang dikeluarkan minggu lalu menyatakan jumlah penduduk India yang hidup dalam kemiskinan multidimensi turun kepada 16.4 peratus pada 2021, daripada 55 peratus pada 2005.

Menurut anggaran UNDP, bilangan penduduk India yang hidup di bawah garis kemiskinan menggunakan AS$2.15 dolar sehari susut kepada 10 peratus di India pada 2021.

Kerajaan India menawarkan makanan bijirin percuma kepada kira-kira 800 juta orang, iaitu kira-kira 57 peratus daripada 1.4 bilion penduduk negara itu.

Beberapa negeri di India turut membelanjakan berbilion dolar bagi pemberian subsidi pendidikan, kesihatan, elektrik dan perkhidmatan lain.

Berdasarkan laporan berkenaan, negeri yang menyaksikan jumlah terbesar keluar daripada kemiskinan ialah Uttar Pradesh yang mempunyai 343 juta penduduk, disusuli negeri Bihar dan Madhya Pradesh. – REUTERS

Sumber: Berita Harian

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *