Connect with us

Antarabangsa

Wakil PBB ke Myanmar letak jawatan

Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar akan melepaskan jawatannya selepas tempoh 18 bulan, susulan beliau dikritik oleh junta dan penentangnya ketika negara itu terus bergolak.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wakil PBB ke Myanmar letak jawatan
Foto: Noeleen Heyzer.
  • Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar akan melepaskan jawatannya selepas tempoh 18 bulan, susulan beliau dikritik oleh junta dan penentangnya ketika negara itu terus bergolak.
  • Jurucakap ketua PBB, Stephane Dujarric, berkata Duta Khas Setiausaha Agung mengenai Myanmar, Noeleen Heyzer, menamatkan tugasannya, tanpa memberi alasan bagi peletakan jawatannya.
  • “Setiausaha Agung badan global itu Antonio Guterres mengucapkan terima kasih kepada Heyzer atas usaha gigihnya bagi keamanan dan rakyat Myanmar,” katanya.

NEW YORK: Wakil khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Myanmar akan melepaskan jawatannya selepas tempoh 18 bulan, susulan beliau dikritik oleh junta dan penentangnya ketika negara itu terus bergolak.

Jurucakap ketua PBB, Stephane Dujarric, berkata Duta Khas Setiausaha Agung mengenai Myanmar, Noeleen Heyzer, akan menamatkan tugasannya pada 12 Jun, tanpa memberi alasan bagi peletakan jawatannya.

“Setiausaha Agung badan global itu Antonio Guterres mengucapkan terima kasih kepada Heyzer atas usaha gigihnya bagi keamanan dan rakyat Myanmar,” kata jurucakap itu sambil menambah seorang utusan baharu akan dilantik menggantikan tempat Heyzer.

Heyzer, seorang ahli sosiologi Singapura, dinamakan sebagai wakil khas oleh Guterres pada 2021 dan ditugaskan menggesa junta Myanmar melancarkan dialog politik dengan lawannya.

Beliau melawat negara Asia Tenggara itu Ogos lalu dan bertemu ketua junta, Min Aung Hlaing dan pegawai tinggi tentera lain dalam satu tindakan yang dikritik oleh kumpulan hak asasi manusia.

Bagaimanapun, Heyzer tidak dapat bertemu dengan pemimpin demokrasi yang ditahan, Aung San Suu Kyi dan kemudiannya menimbulkan kemarahan pegawai junta yang menuduhnya mengeluarkan kenyataan berat sebelah mengenai apa yang dibincangkan.

Myanmar, yang bergolak sejak rampasan kuasa 2021, menyaksikan pertempuran baharu dengan pemberontak etnik dan pembentukan berpuluh-puluh Pasukan Pertahanan Rakyat yang kini berusaha memerangi junta.

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *