Antarabangsa
Turkmenistan ikrar henti rokok dalam tempoh dua tahun
Pemerintah Turkmenistan melancarkan kempen anti-rokok yang “belum pernah berlaku sebelum ini” selepas mengarahkan negara Asia Tengah itu menghapuskan sepenuhnya produk tembakau dalam tempoh dua tahun.

- Pemerintah Turkmenistan melancarkan kempen anti-rokok yang “belum pernah berlaku sebelum ini”, dengan mengarahkan negara Asia Tengah itu menghapuskan sepenuhnya tembakau dalam tempoh dua tahun.
- Presiden Turkmenistan, Serdar Berdymukhamedov berkata perjuangan “tanpa kompromi” terhadap merokok akan termasuk dalam tindakan keras terhadap “pengimportan haram produk tembakau dan jualannya, termasuk paip shisha dan rokok elektronik”.
- Langkah tegas anti-merokok, termasuk larangan pengiklanan dan merokok di tempat awam, sudah dilaksanakan di negara bekas republik Soviet itu yang diperintah secara ‘kuku besi’ oleh keluarga Berdymukhamedov selama hampir dua dekad.
ASHGABAT: Pemerintah Turkmenistan melancarkan kempen anti-rokok yang “belum pernah berlaku sebelum ini” selepas mengarahkan negara Asia Tengah itu menghapuskan sepenuhnya produk tembakau dalam tempoh dua tahun.
Menurut laporan Arab News, Presiden Turkmenistan, Serdar Berdymukhamedov berkata perjuangan “tanpa kompromi” terhadap merokok akan termasuk dalam tindakan keras terhadap “pengimportan haram produk tembakau dan jualannya, termasuk paip shisha dan rokok elektronik”.
“Negeri kita akan melancarkan gerakan anti-tembakau secara besar-besaran dengan saiz gerakan tidak pernah berlaku sebelum ini untuk mengurangkan negara-negara tembakau di dunia,” katanya.
Langkah tegas anti-merokok, termasuk larangan pengiklanan dan merokok di tempat awam, sudah dilaksanakan di negara bekas republik Soviet itu yang diperintah secara ‘kuku besi’ oleh keluarga Berdymukhamedov selama hampir dua dekad.
Selain itu, rokok hanya boleh dibeli di kedai-kedai kerajaan.
Berdymukhamedov, bekas doktor gigi, yang menggantikan bapanya, Gurbanguly berkata, beliau mahu negara itu bebas daripada tembakau pada 2025.
Kira-kira 20 lelaki muda ditangkap di sempadannya kerana “menyeludup tembakau dan shisha dan produk rokok elektronik,” kata stesen televisyen kerajaan pada Khamis.
Salah seorang daripada mereka dirakam membuat permohonan maaf secara terbuka kerana menghisap shisha di rumahnya dan menyiarkan videonya ke Instagram, yang dilarang di negara tertutup itu.
Presiden Berdymukhamedov berkata beliau “menegur dengan keras” ketua perkhidmatan kastam Turkmenistan kerana “pelaksanaan tugas mereka yang buruk.”
Walaupun sudah bersara, senior Berdymukhamedov, yang dikenali sebagai ‘Arkadag’ (Pelindung Wira), terus mendominasi negara.
Sumber: Arab News
