Connect with us

Terkini

Tingkatan enam akan dijadikan seperti kolej

Penambahbaikan suasana pembelajaran tingkatan 6 di negara ini sedang giat dilakukan agar lebih berbentuk kolej.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tingkatan enam akan dijadikan seperti kolej
Foto: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (kiri) ketika menandatangani simbolik plak perasmian tapak projek SJK(C) Regent Elmina.
  • Penambahbaikan suasana pembelajaran tingkatan 6 di negara ini sedang giat dilakukan agar lebih berbentuk kolej.
  • Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ini selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mahu suasana pembelajaran diberi lebih banyak ruang dan kebebasan.
  • Katanya, perhatian sentiasa diberikan dalam konteks hala tuju tingkatan 6 termasuk kekuatan subjek dan fasiliti serta infrastruktur memandangkan mereka bukan dalam lingkungan sekolah lagi.
  • “Kita mempunyai tiga mod tingkatan 6 dan sedang memperkemaskan ke arah mod 1 daripada mod tiga sebelum ini.”
  • “Maknanya semua tingkatan 6 akan jadi kolej tingkatan 6 dalam memartabatkan dan meningkatkan hala tuju tingkatan 6,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian pecah tapak Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Regent Elmina, hari ini.
  • Mod pertama merujuk kepada keseluruhan pelajar hanya tingkatan enam dan mod kedua adalah bersama dalam sekolah namun mempunyai blok bangunan berbeza.
  • Mod tiga merujuk bersekali dengan aliran perdana yang lain (dengan berkongsi bangunan pelajar tingkatan lain).

SHAH ALAM – Penambahbaikan suasana pembelajaran tingkatan 6 di negara ini sedang giat dilakukan agar lebih berbentuk kolej.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ini selaras dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang mahu suasana pembelajaran diberi lebih banyak ruang dan kebebasan.

Katanya, perhatian sentiasa diberikan dalam konteks hala tuju tingkatan 6 termasuk kekuatan subjek dan fasiliti serta infrastruktur memandangkan mereka bukan dalam lingkungan sekolah lagi.

“Kita mempunyai tiga mod tingkatan 6 dan sedang memperkemaskan ke arah mod 1 daripada mod tiga sebelum ini.

“Maknanya semua tingkatan 6 akan jadi kolej tingkatan 6 dalam memartabatkan dan meningkatkan hala tuju tingkatan 6,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perasmian pecah tapak Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Regent Elmina, hari ini.

Beliau memberitahu, mod pertama adalah merujuk kepada keseluruhan pelajar hanya tingkatan enam dan mod kedua pula adalah bersama dalam sekolah namun mempunyai blok bangunan berbeza.

Ujarnya, sementara mod tiga merujuk bersekali dengan aliran perdana yang lain (dengan berkongsi bangunan pelajar tingkatan lain).

“Justeru (mod tiga) sudah tentunya ada peraturan sedia ada yang kena ikut dan lihat seperti ada kekangan. Namun, kita memberikan banyak fleksibiliti kepada pelajar tingkatan 6 ini.

“Sekarang pun sudah berjalan (menuju mod 3 kepada mod 1). Cuma kita hendak tingkatkan lagi supaya semua dalam mod 1. Perjalanan itu panjang sikit tetapi Insya Allah kita ke arah itu,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Sumber: Kosmo

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *