Antarabangsa
Tiga tentera Israel ditembak mati di sempadan Mesir
Tiga tentera Israel ditembak mati seorang pegawai keselamatan Mesir dalam insiden terburuk di sempadan negara itu selama lebih sedekad, kata pihak berkuasa Israel dan Mesir pada Sabtu.
- Tiga tentera Israel ditembak mati seorang pegawai keselamatan Mesir dalam insiden terburuk di sempadan negara itu selama lebih sedekad, kata pihak berkuasa Israel dan Mesir pada Sabtu.
- Menurut tentera Israel, pertempuran pada Sabtu itu bermula apabila anggota polis Mesir menembak mati dua tentera Israel di pos tentera di sempadan di padang pasir Negev, Israel pada kira-kira 6.30 pagi waktu tempatan.
- Menurut laporan Financial Times, mayat tentera Israel itu ditemui selepas mereka gagal menjawab komunikasi radio daripada pegawai kanan.
Tiga tentera Israel ditembak mati seorang pegawai keselamatan Mesir dalam insiden terburuk di sempadan negara itu selama lebih sedekad, kata pihak berkuasa Israel dan Mesir pada Sabtu.
Menurut tentera Israel, pertempuran pada Sabtu itu bermula apabila anggota polis Mesir menembak mati dua tentera Israel di pos tentera di sempadan di padang pasir Negev, Israel pada kira-kira 6.30 pagi waktu tempatan.
Menurut laporan Financial Times, mayat tentera Israel itu ditemui selepas mereka gagal menjawab komunikasi radio daripada pegawai kanan.
Dalam pada itu, tentera Israel melakukan pencarian di kawasan itu dan mengesan penyerang di wilayah Israel sekitar tengah hari, kata pihak tentera.
Susulan itu, tembakan berlaku, di mana tentera Israel ketiga dan penyerang terbunuh.
Manakala, seorang lagi tentera Israel cedera.
Tentera Mesir berkata salah seorang pengawal sempadannya menyeberang ke Israel semasa mengejar penyeludup dadah dan berlaku aksi tembak menembak, di mana tiga tentera Israel dan pengawal sempadan Mesir terbunuh.
Dalam pada itu, tentera Israel turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa terkorban.
Israel berkata penyiasatan ke atas insiden itu sedang dijalankan “dengan kerjasama penuh dengan tentera Mesir”.
Pencarian lanjut juga sedang dijalankan untuk “menolak kehadiran mana-mana penyerang tambahan”.
“Kami tidak mempunyai amaran perisikan mengenai peristiwa ini.
“Kerjasama dengan rakyat Mesir berterusan, ia adalah bagus. Kami bercakap dengan pihak mereka sepanjang masa. Ini bukan geopolitik,” kata tentera Israel.
Sumber: The Financial Times