Terkini
Tidak setuju sambutan Pride Month di Thailand, lelaki disuruh duduk rumah
Seorang pengguna Twitter @Faisal Rahim membuat hantaran mengkritik penganjuran aktiviti Pride Month di khalayak ramai di Thailand.
- Seorang pengguna Twitter @Faisal Rahim membuat hantaran mengkritik penganjuran aktiviti Pride Month di khalayak ramai di Thailand.
- Faisal berkongsi pengalamannya di Bangkok di mana banyak pusat membeli-belah yang menyambut bulan Pride meraikan kelompok songsang LGBTQ.
- Namun hantarannya itu mendapat kritikan netizen antaranya dari Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib yang meminta beliau duduk di rumah sahaja.
Seorang pengguna Twitter @Faisal Rahim membuat hantaran mengkritik penganjuran aktiviti Pride Month di khalayak ramai di Thailand.
Faisal berkongsi pengalamannya di Bangkok di mana banyak pusat membeli-belah yang menyambut bulan Pride meraikan kelompok songsang LGBTQ.
“Tapi tempat-tempat ni dah jadi pertunjukan drag queen dan geng mak nyah berpakaian seksi menjolok mata menari-nari depan khalayak ramai,” katanya.
Faisal berkata aktiviti sebegini tidak sesuai jika membawa anak-anak.
Namun hantarannya itu mendapat kritikan netizen.
Pandangan Faisal turut mendapat reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Galen untuk Dasar Kesihatan dan Sosial, Azrul Mohd Khalib di Twitter.
“Kepada orang bodoh yang pergi ke Bangkok dan mengadu tentang sambutan bulan Pride di sana, sila duduk di rumah pada masa akan datang,” demikian ciap Azrul. – The Merdeka Times
Sumber: Twitter @Faisal Rahim