Connect with us

Terkini

Thai Hot Guy menari ringkas di ekspo makanan, tapi tiada persembahan erotik

Kumpulan kontroversi Thai Hot Guy yang sebelum ini dihalang datang ke Malaysia pada hujung Mac lalu, didapati hadir ke program “Tastefully Food Expo” di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 10 Jun lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Thai Hot Guy menari ringkas di ekspo makanan, tapi tiada persembahan erotik
Foto: Poster program “Tastefully Food Expo” di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid (kiri).
  • Kumpulan kontroversi Thai Hot Guy yang sebelum ini dihalang datang ke Malaysia pada hujung Mac lalu, didapati hadir ke program “Tastefully Food Expo” di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 10 Jun lalu.
  • Bagaimanapun, hanya dua ahli kumpulan itu yang hadir iaitu Wow (Sarawut Siriphet) dan Dee (Veerasak Mahsahaao).
  • Sewaktu sesi “Meet and Greet” dengan pengunjung ekspo itu, mereka membuat persembahan tarian ringkas tidak seperti kebiasaan persembahan erotik yang sering dikaitkan dengan kumpulan dari Thailand itu.
  • Thai Hot Guy dijemput hadir di program perasmian sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac lalu, namun program itu dibatalkan setelah mendapat tentangan hebat orang awam.
  • Pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ membabitkan lelaki-lelaki berbadan sasa yang berpakaian seksi menjadi pelayan restoran dan melakukan aksi mengghairahkan.

Kuala Lumpur – Kumpulan kontroversi Thai Hot Guy yang sebelum ini dihalang datang ke Malaysia pada hujung Mac lalu, didapati hadir ke program “Tastefully Food Expo” di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid pada 10 Jun lalu.

Ia berdasarkan video Tiktok dikongsikan di akaun @jiuzyoung.

Bagaimanapun, hanya dua ahli kumpulan itu yang hadir iaitu Wow (Sarawut Siriphet) dan Dee (Veerasak Mahsahaao).

Sewaktu sesi “Meet and Greet” dengan pengunjung ekspo itu, mereka membuat persembahan tarian ringkas tidak seperti kebiasaan persembahan erotik yang sering dikaitkan dengan kumpulan dari Thailand itu.

Mereka juga menyatakan sangat gembira untuk hadir ke Malaysia walaupun program sebelum ini pernah dibatalkan.

“(Kami menyediakan) tarian ringkas. Jika kami membuat tarian melampau, kami mungkin tidak dapat datang (ke Malaysia) lagi. Saya tahu terdapat perbezaan budaya antara negara. Jadi kami datang untuk membuat semua orang gembira,” kata Dee.

Apabila ditanyakan sama ada semua ahlinya akan hadir ke Malaysia pada masa akan datang, Dee berkata, “jika dijemput, kami sangat sudi untuk datang ke Malaysia. Kami suka Malaysia”.

Sebelum ini, Thai Hot Guy dijemput hadir di program perasmian sebuah kelab malam di Jalan Tun Razak pada 30 Mac lalu, namun program itu dibatalkan setelah mendapat tentangan hebat orang awam.

Pertunjukan ‘Thai Hot Guy’ dikatakan merupakan sebuah tarikan pelancong ‘masyhur’ dari Thailand, membabitkan lelaki-lelaki berbadan sasa berpakaian seksi menjadi pelayan restoran dan melakukan aksi mengghairahkan.

Sumber: Tik Tok @jiuzyoung

Author