Antarabangsa
Tentera rejim Israel bunuh empat rakyat Palestin di Jenin
Tentera Israel membunuh lima rakyat Palestin, termasuk seorang pejuang dalam serbuan dan tembakan dari helikopter di Tebing Barat yang ditakluki.
- Tentera Israel membunuh lima rakyat Palestin, termasuk seorang pejuang dalam serbuan dan tembakan dari helikopter di Tebing Barat yang ditakluki.
- Bunyi tembakan kedengaran di seluruh Jenin ketika rakyat Palestin yang cedera dikejarkan ke Hospital Ibnu Sina menaiki ambulans.
- Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, lima orang terbunuh, manakala 62 yang lain cedera dalam keganasan berkenaan.
- Seorang yang terbunuh ialah seorang remaja, Ahmed Saqer, 15, manakala dua yang terbunuh ialah Khaled Assassa, 21, dan Qassam Abu Saria, 29.
JENIN: Tentera Israel membunuh lima rakyat Palestin, termasuk seorang pejuang dalam serbuan dan tembakan dari helikopter di Tebing Barat yang ditakluki.
Bunyi tembakan kedengaran di seluruh Jenin ketika rakyat Palestin yang cedera dikejarkan ke Hospital Ibnu Sina menaiki ambulans.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataan berkata, lima orang terbunuh, manakala 62 yang lain cedera dalam keganasan berkenaan.
Seorang yang terbunuh ialah seorang remaja, Ahmed Saqer, 15, manakala dua yang terbunuh ialah Khaled Assassa, 21, dan Qassam Abu Saria, 29.
Jihad Islam Palestin dalam kenyataan mendakwa Abu Saria ialah pejuang kumpulan itu.
Timbalan Gabenor Jenin, Kamal Abu al-Rub menyatakan tentera Israel melancarkan serbuan kira-kira jam 4:00 pagi waktu tempatan.
“Tentera menyerbu kem pelarian di Jenin dan kawasan bandar selepas waktu subuh dan berlaku tembakan yang dahsyat,” katanya.
Seorang wartawan AFP mengesahkan pertempuran masih berterusan sehingga 2:25 petang waktu tempatan.
Sumber: Berita Harian