Connect with us

Antarabangsa

Tembak mati lelaki Islam, veteran tentera dijatuhi hukuman penjara 55 tahun

Seorang veteran tentera di Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara 55 tahun pada Rabu atas kesalahan menembak mati seorang lelaki Islam.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tembak mati lelaki Islam, veteran tentera dijatuhi hukuman penjara 55 tahun
Foto: Dustin Passarelli.
  • Seorang veteran tentera di  Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara 55 tahun pada Rabu atas kesalahan menembak mati seorang lelaki Islam.
  • Menurut laporan CTV News, ia berikutan insiden keganasan jalan raya selepas saksi berkata suspek melemparkan penghinaan etnik dan agama kepada mangsa.
  • Dustin Passarelli dari Plainfield disabitkan pada Mei lalu atas kesalahan membunuh dan melakukan jenayah senjata api dalam kes menembak mati Mustafa Ayoubi yang berusia 32 tahun pada Februari 2019.

INDIANAPOLIS – Seorang veteran tentera di Indianapolis, Amerika Syarikat (AS) dijatuhi hukuman penjara 55 tahun pada Rabu atas kesalahan menembak mati seorang lelaki Islam.

Menurut laporan CTV News, ia berikutan insiden keganasan jalan raya selepas saksi berkata suspek melemparkan penghinaan etnik dan agama kepada mangsa.

Dustin Passarelli dari Plainfield disabitkan pada Mei lalu atas kesalahan membunuh dan melakukan jenayah senjata api dalam kes menembak mati Mustafa Ayoubi yang berusia 32 tahun pada Februari 2019.

Dustin dilaporkan mengikuti Mustafa sepanjang lebuh raya Interstate 465 sebelum pertengkaran lisan berlaku, kata pendakwa raya.

Saksi berkata Dustin membuat beberapa kenyataan Islamofobia, termasuk “kembali ke negara kamu” dan menggunakan ucapan kebencian sebelum melepaskan tembakan.

Memberitahu polis, Dustin mendakwa Mustafa membaling sesuatu ke arah keretanya atau berlanggar dengannya di lebuh raya.

Susulan itu, Dustin mendakwa mengikut Mustafa ke pangsapuri sebelum mangsa dikatakan memecahkan salah satu cermin keretanya dengan tumbukan.

Pihak pembelaan berhujah Dustin berhak untuk melepaskan tembakan ke arah Mustafa untuk mempertahankan diri.

Dustin tidak didakwa dengan jenayah kebencian.

Enam minggu selepas pembunuhan Mustafa, penggubal undang-undang Indiana meluluskan rang undang-undang jenayah kebencian, termasuk peruntukan yang membenarkan hakim menjatuhkan hukuman lebih lama bagi jenayah bermotifkan bias.

Mustafa datang ke AS dari Afghanistan sebagai pelarian.

Sumber: CTV News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *