Connect with us

Terkini

Teliti dulu Akta Warisan Kebangsaan, Bak Kut Teh bermaksud sup tulang babi – Rais Yatim

Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan (Motac) diminta meneliti Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebelum mengiktiraf Bak Kut Teh sebagai makanan tradisi Malaysia selain mengambil kira sensitiviti rakyat dalam isu itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Teliti dulu Akta Warisan Kebangsaan, Bak Kut Teh bermaksud sup tulang babi – Rais Yatim
Foto: Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim.
  • Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan (Motac) diminta meneliti Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebelum mengiktiraf Bak Kut Teh sebagai makanan tradisi Malaysia selain mengambil kira sensitiviti rakyat dalam isu itu.
  • Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ini kerana menurut penasihat bahasa, perkataan Bak bermaksud daging babi, Kut (tulang) dan Teh (sup herba khas).
  • Katanya, apa-apa ingin dijadikan warisan negara tidak boleh menimbulkan kontroversi antara kaum dari segi budaya agama dan kehidupan.
  • Menteri Motac, Datuk Seri Tiong King Sing dilapor berkata kementeriannya akan mempertimbangkan makanan tradisional kaum cina itu untuk dimasukkan dalam senarai warisan kebangsaan.
  • King Sing mendakwa secara asasnya makanan itu adalah campuran herba dan daging diletakkan di dalamnya terpulang kepada kepada penyedia.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pelancongan Seni dan Kebudayaan (Motac) diminta meneliti Akta Warisan Kebangsaan 2005 sebelum mengiktiraf Bak Kut Teh sebagai makanan tradisi Malaysia selain mengambil kira sensitiviti rakyat dalam isu itu.

Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ini kerana menurut penasihat bahasa, perkataan Bak bermaksud daging babi, Kut (tulang) dan Teh (sup herba khas).

Katanya, apa-apa yang ingin dijadikan warisan negara tidak boleh menimbulkan kontroversi antara kaum dari segi budaya agama dan kehidupan.

“Jabatan Warisan yang saya bantu wujudkan 2005 dulu buat ape ye? Diam saje ke atau berani nasihatkan menteri budaya supaya jangan terburu-buru buat hal.

“Kaji dulu sensitiviti masyarakat Malaysia,” katanya dalam hantaran di Facebook semalam.

Kelmarin, media melaporkan Motac akan mempertimbang makanan tradisional kaum cina, Bak Kut Teh untuk dimasukkan di dalam senarai warisan kebangsaan.

Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, secara asasnya makanan itu adalah campuran herba dan daging diletakkan di dalamnya terpulang kepada kepada penyedia.

Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse pada 7 Jun lalu dilaporkan meminta kerajaan menjadikan Bak Kut Teh sebagai makanan kebangsaan Malaysia.

Mengulas lanjut, Rais bagaimanapun berkata salah satu prinsip penarafan warisan ialah sebelum barang, benda, amalan, nilai atau seni budaya itu diiktiraf sebagai warisan ia mesti memenuhi syarat-syarat integral.

“Satu daripadanya ialah syor itu tidak menimbulkan kontroversi kaum dari sudut budaya agama dan kehidupan,” katanya.

Rais meminta kerajaan meneliti dulu Akta Warisan Kebangsaan 2005, yang digubalnya bersama beberapa pakar, dalam isu Bak Kut Teh sebagai makanan tradisi Malaysia. – The Merdeka Times

Sumber: Facebook Rais Yatim

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *