Connect with us

Antarabangsa

Tampilkan bendera transgender, Arab Saudi haramkan tayangan filem terbaru Spider-Man

Arab Saudi tidak akan membenarkan filem terbaru Spider-Man ditayangkan di negara itu ekoran kandungan LGBTQ dalam filem terbabit, kata pihak berkuasanya dipetik Al-Monitor.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Salah satu watak Gwen Stacy dalam filem Spider-Man: Across the Spider-Verse mempunyai bendera tertulis "lindungi kanak-kanak trans".
  • Arab Saudi tidak akan membenarkan filem terbaru Spider-Man ditayangkan di negara itu ekoran kandungan LGBTQ dalam filem terbabit.
  • Halaman rasmi Pawagam Saudi di Twitter pada Selasa berkata, pihak mereka tidak akan meluluskan mana-mana filem yang “bercanggah dengan kawalan kandungan” dengan merujuk kepada filem “Spider-Man: Across the Spider-Verse”.
  • Larangan tayangan itu akan kekal kecuali syarikat penerbitan “komited melaksanakan pindaan diperlukan,” demikian menurut ciapan itu.
  • Akaun Twitter itu dikendalikan Suruhanjaya Am Saudi untuk Media Audiovisual.
  • Difahamkan, watak Gwen Stacy dalam filem itu mempunyai bendera tertulis “lindungi kanak-kanak trans” dalam biliknya, manakala watak bapanya juga memakai uniform tertera bendera LGBTQ.

Arab Saudi tidak akan membenarkan filem terbaru Spider-Man ditayangkan di negara itu ekoran kandungan LGBTQ dalam filem terbabit, kata pihak berkuasanya dipetik Al-Monitor.

Halaman rasmi Pawagam Saudi di Twitter pada Selasa berkata, pihak mereka tidak akan meluluskan mana-mana filem yang “bercanggah dengan kawalan kandungan” dengan merujuk kepada filem “Spider-Man: Across the Spider-Verse”.

Larangan tayangan itu akan kekal kecuali syarikat penerbitan “komited melaksanakan pindaan diperlukan,” demikian menurut ciapan itu.

Akaun Twitter itu dikendalikan Suruhanjaya Am Saudi untuk Media Audiovisual.

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai khabar angin filem itu tidak akan ditayangkan di Arab Saudi.

Penularan itu berikutan ketidakpastian filem terbaru Spider-Man itu akan ditayangkan di negara-negara Arab.

Selain itu, Pangkalan Data Filem Internet (IMDb) menyenaraikan tarikh tayangan bagi filem itu adalah pada 22 Jun di Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan negara lain.

Advertisement

Setakat ini, pihak berkuasa Arab Saudi tidak memaklumkan faktor di sebalik larangan tayangan filem itu, namun ia dikatakan berkaitan kandungan LGBT dalam filem itu.

Foto: Salah Satu babak dalam watak bapa Gwen Stacy memakai uniform tertera bendera LGBTQ.

Difahamkan, watak Gwen Stacy dalam filem itu mempunyai bendera tertulis “lindungi kanak-kanak trans” dalam biliknya, manakala watak bapanya juga memakai uniform tertera bendera LGBTQ.

Sumber: Al-Monitor

Author

Antarabangsa

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung

Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

Wartawan TMT

Published

on

Mahkamah EU putuskan pejabat kerajaan boleh haramkan pemakaian simbol agama termasuk tudung
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.
  • “Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.
  • Penghakiman itu diperoleh daripada kes dikemukakan seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.
  • Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.
  • Mahkamah berpangkalan di Luxembourg berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia diguna secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Brussels: Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa memutuskan bahawa pejabat kerajaan di organisasi berkenaan boleh melarang kakitangan memakai simbol keagamaan seperti tudung walaupun mereka tidak berjumpa dengan orang ramai.

“Peraturan sedemikian boleh dikenakan untuk mewujudkan persekitaran pentadbiran yang neutral sepenuhnya,” kata mahkamah.

Penghakiman itu diperoleh daripada kes yang dikemukakan oleh seorang kakitangan di pejabat kerajaan tempatan Belgium.

Kakitangan itu mencabar larangan memakai tudung dikenakan terhadapnya kerana menyifatkan ia melanggar kebebasan beragama dan berasa didiskriminasi.

Mahkamah yang berpangkalan di Luxembourg itu berkata, larangan sebarang tanda yang mendedahkan kepercayaan falsafah atau agama tidak mendiskriminasi jika ia digunakan secara umum dan sembarangan kepada semua kakitangan pentadbiran itu.

Lagipun, ia terhad kepada perkara yang sangat diperlukan.

Keputusan yang sah untuk pejabat sektor awam di seluruh EU menyokong penghakiman mahkamah EU sebelumnya yang mendapati larangan sedemikian sah di tempat kerja sektor swasta.

Advertisement

Ia berkata, mahkamah negara harus memutuskan kebolehgunaan larangan itu.

Pejabat awam juga boleh mempunyai dasar mengehadkan larangan itu kepada pekerja yang berhadapan dengan orang ramai, atau memutuskan untuk membenarkan pemakaian tanda agama atau falsafah kepercayaan boleh dilihat.

“Setiap negara anggota, dan mana-mana badan infra-negeri dalam rangka kerja kecekapannya, mempunyai margin budi bicara dalam mereka bentuk neutraliti perkhidmatan awam yang ingin dipromosikan di tempat kerja, bergantung pada konteksnya sendiri.

“Bagaimanapun, objektif itu mesti diteruskan dengan cara yang konsisten dan sistematik.

“Langkah yang diambil untuk mencapainya mesti dihadkan kepada apa yang sangat diperlukan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending