Terkini
Sindiket guna nama gereja dikesan menipu warga Filipina di Malaysia
Sindiket China menggunakan nama gereja “Eastern Lightning” dikesan menjalankan aktiviti penipuan ke atas warga Filipina di Malaysia, lapor China Press.
- Sindiket China menggunakan nama gereja “Eastern Lightning” dikesan menjalankan aktiviti penipuan ke atas warga Filipina di Malaysia, lapor China Press.
- Sindiket itu dilaporkan menyewa empat unit premis di Malaysia untuk dijadikan sebagai pangkalan, lalu mengumpul derma daripada warga Filipina beragama Kristian dengan alasan membina gereja.
- Difahamkan, pasukan penyiasat jenayah komersial Negeri Sembilan dan Seremban melancarkan operasi di empat lokasi pada 9 Jun lalu dan menahan 31 wanita warga China dan satu pasangan tempatan.
- Suspek terbabit dibawa ke Mahkamah Seremban untuk lanjutan tahanan kali kedua pada 13 Jun lalu selepas tahanan pertama dilakukan pada 10 Jun lalu.
Sindiket China menggunakan nama gereja “Eastern Lightning” dikesan menjalankan aktiviti penipuan ke atas warga Filipina di Malaysia, lapor China Press.
Sindiket itu dilaporkan menyewa empat unit premis di Malaysia untuk dijadikan sebagai pangkalan, lalu mengumpul derma daripada warga Filipina beragama Kristian dengan alasan membina gereja.
“Modus operandi” mereka, termasuk panggilan telefon dan pembukaan akaun gereja palsu di media sosial.
Difahamkan, pasukan penyiasat jenayah komersial Negeri Sembilan dan Seremban melancarkan operasi di empat lokasi pada 9 Jun lalu dan menahan 31 wanita warga China dan satu pasangan tempatan.
Pihak polis mendedahkan sindiket itu cuba berdakyah menggunakan akaun media sosial palsu.
Mereka meyebarkan fahaman gereja “Eastern Lightning” dan kononnya mengumpul dana daripada netizen untuk membina gereja.
Majoriti kumpulan sasaran mereka terdiri daripada warga Filipina beragama Kristian.
Suspek terbabit dibawa ke Mahkamah Seremban untuk lanjutan tahanan kali kedua pada 13 Jun lalu selepas tahanan pertama dilakukan pada 10 Jun lalu.
Jumlah wang penipuan masih belum diumumkan.
Sumber: China Press