Terkini
Sambutan Pride golongan autisme pertama di Malaysia?
Satu majlis meraikan golongan autisme diadakan di ibu negara semalam dikhuatiri ada kaitan dengan Pride Month yang disambut komuniti songsang LGBTQ.
- Satu majlis meraikan golongan autisme yang diadakan di ibu negara semalam dikhuatiri ada kaitan dengan Pride Month yang disambut komuniti songsang LGBTQ.
- Ini kerana majlis itu diadakan pada 18 Jun iaitu tarikh sama dengan Autistic Pride Day selain posternya turut memaparkan gambar pelangi infiniti yang memang merujuk kepada kelompok songsang itu.
- Menurut poster dimuat naik ke laman sosial, acara Autistic Pride Day Get Together yang diadakan di Taman Tugu itu dikatakan menghimpunkan individu mengalami gangguan spektrum autistik.
- Majlis itu turut menjemput pelawak autisme dari kelompok LGBTQ, Juliana Heng sebagai pengisian acaranya. Autistic Pride Day disambut pada 18 Jun setiap tahun ketika komuniti LGBTQ meraikan Pride Month sepanjang Jun.
KUALA LUMPUR – Satu majlis meraikan golongan autisme diadakan di ibu negara semalam dikhuatiri ada kaitan dengan Pride Month yang disambut komuniti songsang LGBTQ.
Ini kerana majlis itu diadakan pada 18 Jun iaitu tarikh sama dengan Autistic Pride Day selain posternya turut memaparkan gambar pelangi infiniti yang memang merujuk kepada kelompok songsang itu.
Menurut poster dimuat naik ke laman sosial, acara Autistic Pride Day Get Together yang diadakan di Taman Tugu itu dikatakan menghimpunkan individu mengalami gangguan spektrum autistik.
Dianjurkan Autism Inclusiveness Direct Action Group (AIDA) di bawah Project Lily and Friends, acara itu bertujuan meraikan kepentingan identiti austime dan hak untuk hidup dengan identiti itu.
Kira-kira 50 individu menyertai acara yang pertama kali diadakan di Malaysia itu, demikian lapor Malaysiakini.
Selain berkelah dan melakukan aktiviti seni, seorang pelawak autisme dari kelompok LGBTQ, Juliana Heng turut hadir sebagai pengisian acara itu.
Autisme adalah gangguan perkembangan neuro sepanjang hayat yang biasanya muncul pada awal usia kanak-kanak dan mempengaruhi kemahiran sosial, komunikasi, hubungan dan pengaturan diri seseorang.
Memetik laporan Autistic Empath, Autistic Pride Day disambut pada 18 Jun setiap tahun ketika komuniti songsang LGBTQ meraikan Pride Month sepanjang Jun.
Lambang pelangi berbentuk infiniti pula dipilih sebagai simbol rasmi Autistic Pride Day ini. – The Merdeka Times
Sumber: Instagram Juliana Heng, Malaysiakini, Autistic Empath