Connect with us

Terkini

“Saf depan solat jemaah pasti jadi miliknya”, kenalan berkongsi kisah penunggang motosikal Ducati maut di SUKE

Kenalan kepada penunggang motosikal Ducati Panigale yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berkongsi pengalaman bersama Allahyarham Ahmad Fadzil Omar Azaddin.

Adam Tan

Published

on

"Saf depan solat jemaah pasti jadi miliknya", kenalan berkongsi kisah penunggang motosikal Ducati maut di SUKE
Foto: Allahyarham Ahmad Fadzil Omar Azaddin.
  • Kenalan kepada penunggang motosikal Ducati Panigale yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berkongsi pengalaman bersama Allahyarham Ahmad Fadzil Omar Azaddin.
  • Mohd Said Mohd Shariff dalam hantarannya di Facebook berkata, beliau berjumpa dengan Allahyarham Ahmad Fadzil kali terakhir pada Ramadan lalu dan waktu itu mereka merancang untuk menunggang motosikal bersama.
  • Menurut Mohd Said, Allahyarham bukan sahaja seorang penunggang motosikal yang cekap, dia juga selalu menjaga ibadahnya.
  • “Di sudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunnah seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah saf depan pasti miliknya, sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunnah, tidak pernah lepas dari tangannya al-Quran setiap hari/pagi,” katanya.

Kuala Lumpur – Kenalan kepada penunggang motosikal Ducati Panigale yang maut dalam kemalangan di Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) berkongsi pengalaman bersama Allahyarham Ahmad Fadzil Omar Azaddin.

Mohd Said Mohd Shariff dalam hantarannya di Facebook berkata, beliau berjumpa dengan Allahyarham Ahmad Fadzil kali terakhir pada Ramadan lalu dan waktu itu mereka merancang untuk menunggang motosikal bersama.

Katanya, hubungan mereka berdua bagai abang dan adik.

“Beliau merupakan seorang sahabat yang cool malah saya menganggapnya sebagai seorang abang dan menghormatinya, awal-awal riding sekitar 2016-2017 banyak yang saya pelajari hasil daripada kerap mengekori beliau dari belakang,” kata Said.

Menurut Mohd Said, Allahyarham bukan sahaja seorang penunggang motosikal yang cekap, dia juga selalu menjaga ibadahnya.

“Di sudut lain pula beliau juga adalah pencinta sunnah seorang yang istiqamah dengan solat berjemaah saf depan pasti miliknya, sentiasa lekat di majlis ilmu asatizah sunnah, tidak pernah lepas dari tangannya al-Quran setiap hari/pagi,” katanya.

Media melaporkan Allahyarham Ahmad Fadzil maut akibat terjatuh dari jejambat Lebuhraya Sungai Besi Ulu Kelang (SUKE) berhampiran Ulu Kelang pada 14 Jun lalu selepas beliau mengelak daripada sebuah motosikal ditunggang melawan arus.

Advertisement

Sumber: Facebook Mohd Said Mohd Shariff

Author

Terkini

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

A.R. Khan

Published

on

Belanda sekat visa peneroka pelampau Israel
Foto: Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo.
  • Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.
  • Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.
  • Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.
  • “Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat,” kata De Croo dipetik Brussels Times.
  • Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

Selepas Amerika Syarikat (AS) mengenakan sekatan visa ke atas peneroka pelampau Israel, Belanda juga akan melarang kelompok ekstremis zionis dari memasuki negara itu.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Belanda, Alexander De Croo pada Rabu ke atas peneroka pelampau Israel di Tebing Barat.

Dalam ucapannya di Persidangan Antarabangsa 75 tahun Deklarasi  Hak Asasi Manusia Sejagat di Universiti Ghent, De Croo menekankan komitmennya untuk melindungi orang awam dari keganasan di Timur Tengah.

Kenyataan itu dibuat selepas Setiausaha Negara AS, Antony Blinken mengumumkan langkah sekatan visa semalam.

“Peneroka ekstremis di Tebing Barat akan dilarang memasuki Belanda. Kami akan bekerjasama dengan AS mengenai sekatan menyasarkan individu terlibat dalam tindakan menjejaskan keamanan, keselamatan dan kestabilan di Tebing Barat.

“Kami akan bekerjasama dengan AS berkaitan sekatan ini dan akan mendorong Kesatuan Eropah (EU) untuk mengikutinya,” kata De Croo dipetik Brussels Times.

Sejak serangan dilancarkan pejuang Hamas pada 7 Oktober lalu, keganasan semakin meningkat di Tebing Barat dengan sekurang-kurangnya 258 warga Palestin terbunuh, menurut statistik Pihak Berkuasa Palestin.

Advertisement

Majoritinya terbunuh dalam pertembungan dengan tentera zionis dengan majoriti orang awam menjadi mangsa keganasan tanpa provokasi peneroka pelampau Israel.

Ia juga disebabkan kerajaan sayap kanan Israel yang terdiri daripada peneroka ultranasionalis, mengisyaratkan sokongan terhadap tindakan kumpulan peneroka haram Israel. 

Setakat ini, lebih 17,150 warga Palestin, termasuk lebih 7,000 kanak-kanak, terbunuh dalam tempoh lebih lapan minggu serangan rejim zionis Israel ke atas Gaza, manakala 1,200 orang terkorban di Israel. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending