Terkini
(VIDEO) Remaja perempuan 16 tahun maut disyaki akibat vape
Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun maut disyaki akibat penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury” (Evali).
- Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, remaja perempuan tersebut dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu pada 3 Jun lalu. Beliau ketika itu mengadu sakit perut dan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang pada keesokan harinya. Bagaimanapun tahap kesihatan remaja terbabit makin merosot.
- Pada 5 Jun, keadaan pelajar perempuan itu makin memburuk dan diresusitasi dalam tempoh 50 minit namun meninggal dunia pada hari sama.
- Hasil siasatan mendapati remaja perempuan ini tidak mempunyai sejarah penyakit namun punya sejarah menghisap vape selama tiga tahun.
- “Vape terakhir yang dikenal pasti digunakan adalah jenis tertutup ini Tanjung Karang (Ahli Parlimen) mungkin lebih faham juga berjenama Aladdin Pro yang berperisa Strawberry Blackcurrant dan Voltbar berperisa Custard Ice cream.
- “Punca kematian direkodkan adalah Acute Heart Failure With Pulmonary Embolism namun pada masa sama dengan adanya sejarah menghisap vape perubahan pada X-ray dada dan bukti saintifik menunjukkan hubung kait dan antara risiko masalah jantung,” katanya dalam Sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
KUALA LUMPUR — Seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun maut disyaki akibat penyakit kecederaan paru-paru dikenali sebagai “E-cigarette Or Vaping Product Use-Associated Lung Injury” (Evali).
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, remaja perempuan tersebut dimasukkan ke Hospital Kuala Kubu Bharu pada 3 Jun lalu. Beliau ketika itu mengadu sakit perut dan sesak nafas sebelum dipindahkan ke Hospital Selayang pada keesokan harinya. Bagaimanapun tahap kesihatan remaja terbabit makin merosot.
Pada 5 Jun, keadaan pelajar perempuan itu makin memburuk dan telah diresusitasi dalam tempoh 50 minit namun meninggal dunia pada hari sama.
View this post on Instagram
“Kes telah diresusitasi dalam 50 minit namun meninggal dunia pada hari sama. Jadi siasatan lanjut mendapati kes mula mengalami gejala sakit perut sejak 15 Mei tahun ini dan pernah mendapat rawatan daripada Jabatan Kecemasan di Hospital Selayang pada 25 Mei 2023 kerana masalah yang sama dan pemeriksaan ECG, X-Ray telah menunjukkan tanda ada pembengkakan jantung ataupun cardiomegaly juga ada lung infiltration kemudian discharge dengan diagnosis dengan acute dyspepsia dan kemudian datang kembali,” katanya dalam Sesi Kamar Khas di Dewan Rakyat hari ini.
Jelas Dr Zaliha, hasil siasatan juga mendapati remaja perempuan ini tidak mempunyai sejarah penyakit namun punya sejarah menghisap vape selama tiga tahun.
“Vape terakhir yang dikenal pasti digunakan adalah jenis tertutup ini Tanjung Karang (Ahli Parlimen) mungkin lebih faham juga berjenama Aladdin Pro yang berperisa Strawberry Blackcurrant dan Voltbar berperisa Custard Ice cream.
“Punca kematian direkodkan adalah Acute Heart Failure With Pulmonary Embolism namun pada masa sama dengan adanya sejarah menghisap vape perubahan pada X-ray dada dan bukti saintifik menunjukkan hubung kait dan antara risiko masalah jantung,” kata Dr Zaliha. – The Merdeka Times
Sumber: Youtube Parlimen Malaysia