Connect with us

Antarabangsa

Rejim Zionis Israel mengganas, enam rakyat Palestin dibunuh

Serbuan tentera pengganas Israel di Bandar Jenin yang membunuh enam rakyat Palestin dan mencederakan 91 yang lain, digelar saksi mata sebagai “perang”, lapor Agensi Anadolu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Rejim Zionis Israel mengganas, enam rakyat Palestin dibunuh
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Serbuan tentera pengganas Israel di Bandar Jenin yang membunuh enam rakyat Palestin dan mencederakan 91 yang lain, digelar saksi mata sebagai “perang”, lapor Agensi Anadolu.
  • Mohammed Abu Hatab, 39, seorang penduduk Jenin, memberitahu bahawa mereka bangun pada awal pagi dengan bunyi tembakan yang kuat dan menyangka peperangan telah berlaku.
  • “Ia berlangsung hampir 10 jam. Rumah kami terkena peluru. Kemudian, berlaku pengeboman oleh helikopter. Bunyi pengeboman itu dahsyat. Letupan tidak pernah berhenti,” katanya.
  • Enam rakyat Palestin terbunuh dan 91 lagi cedera, termasuk 23 dalam keadaan kritikal, apabila tentera Israel menyerbu Jenin awal Isnin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

TEBING BARAT, 2 Zulhijjah 1444H, Rabu – Serbuan tentera pengganas Israel di Bandar Jenin yang membunuh enam rakyat Palestin dan mencederakan 91 yang lain, digelar saksi mata sebagai “perang”, lapor Agensi Anadolu.

Mohammed Abu Hatab, 39, seorang penduduk Jenin, memberitahu bahawa mereka bangun pada awal pagi dengan bunyi tembakan yang kuat dan menyangka peperangan telah berlaku.

“Ia berlangsung hampir 10 jam. Rumah kami terkena peluru. Kemudian, berlaku pengeboman oleh helikopter. Bunyi pengeboman itu dahsyat. Letupan tidak pernah berhenti,” katanya.

Hatab juga berkata, kenderaan peribadi penduduk turut dirosakkan oleh tentera yang menyerbu.

Mahmud Sadi, seorang lagi penduduk di wilayah itu berkata, tentera haram Israel bertindak membalas dendam apabila menghadapi tentangan yang tidak dijangka daripada penduduk.

“Mereka menyerbu untuk menangkap orang kita. Mereka menghadapi tentangan dan beberapa askar mereka cedera,” katanya.

Sadi juga menegaskan bahawa tentera Israel tidak bersedia menghadapi tentangan daripada rakyat Palestin.

“Mereka mula menembak rambang tanpa mengira tempat, termasuk rumah, ambulans, dan wartawan,” katanya.

Menurut saksi dan imej yang dikongsi di media sosial di kawasan itu, helikopter Apache milik tentera pengganas Israel turut melanggar Masjid Munzir di Jenin.

Imej tersebut menunjukkan bahagian dalam Masjid itu rosak teruk, dengan dinding dan tiang penuh dengan lubang peluru dan tingkap pecah.

Enam rakyat Palestin terbunuh dan 91 lagi cedera, termasuk 23 dalam keadaan kritikal, apabila tentera Israel menyerbu Jenin awal Isnin, menurut Kementerian Kesihatan Palestin.

Tujuh askar Israel cedera dalam serangan hendap kenderaan berperisai semasa serbuan, menurut tentera Israel.

Sebuah helikopter tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke arah bangunan kediaman semasa serbuan, menandakan penggunaan pertama pesawat tentera oleh Israel di Tebing Barat sejak 2002.

Sumber: Ismaweb

Author