Antarabangsa
Profesor samakan tudung pelajar Muslim dengan simbol swastika neo-Nazi
Seorang pelajar wanita Muslim bertudung di Bonn-Rhein-Sieg University, Jerman, menerima hinaan berbaur perkauman dari profesornya.
- Seorang pelajar wanita Muslim bertudung di Bonn-Rhein-Sieg University, Jerman, menerima hinaan berbaur perkauman dari profesornya.
- Profesor kepada Gulsen Kurt itu bertindak membandingkan tudung pelajar wanita itu dengan simbol swastika neo-Nazi.
- “Profesor itu berkata dia tidak akan membenarkan pelajar memakai tudung untuk menghadiri kelas, sama sepertimana dia tidak akan membenarkan seorang neo-Nazi memakai simbol swastika,” kata Gulsen Kurt dipetik agensi berita Anadolu.
- Peguam mewakili Gulsen, Fatih Zingal menyebut hak memakai tudung bagi wanita Muslim adalah termaktub dalam Artikel 4 Perlembagaan Jerman, yang menjanjikan kebebasan beragama.
- Insiden itu merupakan insiden terkini Islamofobia dan jenayah kebencian di Jerman, khususnya berkaitan tudung wanita.
Seorang pelajar wanita Muslim bertudung di Bonn-Rhein-Sieg University, Jerman, menerima hinaan berbaur perkauman dari profesornya.
Profesor kepada Gulsen Kurt itu bertindak membandingkan tudung pelajar wanita itu dengan simbol swastika neo-Nazi.
“Profesor itu berkata dia tidak akan membenarkan pelajar memakai tudung untuk menghadiri kelas, sama sepertimana dia tidak akan membenarkan seorang neo-Nazi memakai simbol swastika,” kata Gulsen Kurt dipetik agensi berita Anadolu.
Gulsen turut ditengking “kamu seorang Islamofasis”.
Profesor itu juga mengugut melaporkan Gulsen (kerana bertudung) kepada direktorat (badan pengarah) universiti.
Terkejut dengan apa dikatakan profesor itu, Gulsen berkata ramai pelajar bertindak meninggalkan kelas sebagai tanda protes.
Peguam mewakili Gulsen, Fatih Zingal menyebut hak memakai tudung bagi wanita Muslim adalah termaktub dalam Artikel 4 Perlembagaan Jerman, yang menjanjikan kebebasan beragama.
Insiden itu merupakan insiden terkini kes Islamofobia dan jenayah kebencian di Jerman, khususnya berkaitan tudung wanita.
Gulsen berkata badan pengarah universiti memohon maaf atas insiden hinaan perkauman itu dan menegaskan sikap ditonjolkan pensyarah terbabit tidak disokong pentadbiran universiti.
Berdasarkan data rasmi, Jerman merupakan negara kedua teramai penduduk Muslim di Eropah Barat selepas Perancis dengan populasi Muslim seramai lima juta orang.
Sumber: Anadolu