Connect with us

Terkini

PRN : MUDA dijangka hilang deposit semua kerusi dipertandingkan – Penganalisis Politik

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dijangka hilang deposit bagi semua kerusi dipertandingkan apabila berpendirian untuk bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

PRN : MUDA dijangka hilang deposit semua kerusi dipertandingkan - Penganalisis Politik
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) dan Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub (kanan).
  • Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata MUDA tidak mampu untuk memberi saingan sengit kepada parti lain apatah lagi ketika berlaku persaingan tiga penjuru.
  • Ini kerana, akar umbi MUDA dilihat tidak sekukuh parti politik lain seperti PAS, UMNO, DAP mahupun BERSATU bahkan sokongan diterima juga tidak begitu memberangsangkan.
  • “Bagi saya yang penting bagaimana MUDA perlu mencari pengalaman, perlu menilai untuk mencari rakan kongsi ataupun kerjasama politik yang lebih munasabah ataupun lebih relevan berbanding hanya bergerak solo.
  • “Kalau bergerak solo MUDA akan tenggelam menjadi seperti parti-parti politik nyamuk lain misalnya kita lihat sebelum ini ada parti Pejuang, Berjasa dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) akhirnya ke mana parti-parti politik ini pergi? Tenggelam dalam perkembangan politik negara,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

KUALA LUMPUR — Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dijangka hilang deposit bagi semua kerusi dipertandingkan apabila berpendirian untuk bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penganalisis politik, Dr Mohammad Tawfik Yaakub berkata parti itu tidak mampu untuk memberi saingan sengit kepada parti lain apatah lagi ketika berlaku persaingan tiga penjuru.

Ini kerana, akar umbi MUDA dilihat tidak sekukuh parti politik lain seperti PAS, UMNO, DAP mahupun BERSATU bahkan sokongan diterima juga tidak begitu memberangsangkan.

“Bagi saya yang penting bagaimana MUDA perlu mencari pengalaman, perlu menilai untuk mencari rakan kongsi ataupun kerjasama politik yang lebih munasabah ataupun lebih relevan berbanding hanya bergerak solo.

“Kalau bergerak solo MUDA akan tenggelam menjadi seperti parti-parti politik nyamuk lain misalnya kita lihat sebelum ini ada parti Pejuang, Berjasa dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) akhirnya ke mana parti-parti politik ini pergi? Tenggelam dalam perkembangan politik negara,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times di sini hari ini.

Mengulas situasi MUDA yang sebelum ini beberapa kali memohon menyertai Pakatan Harapan (PH) sebagai ahli gabungan namun tidak mendapat sebarang maklum balas, Dr Tawfik berkata parti itu perlu lebih mengenali kekuatan parti sendiri.

Ini berikutan, MUDA dilihat seolah-olah melukut di tepi gantang apabila selepas sekian lama berusaha menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan namun masih tidak dapat kerjasama rasmi.

Sudah semestinya saya lihat MUDA ini perlu mengenal diri semula kerana sudah sekian lama ingin menyertai gabungan Kerajaan Perpaduan tetapi tidak dapat kerjasama rasmi daripada hubungan kerajaan ini hingga akhirnya seolah-olah MUDA ini melukut di tepi gantang dan tidak memberi apa-apa impak kepada pembentukan kerajaan ataupun kepada Kerajaan Perpaduan,” katanya.

Semalam, MUDA mengesahkan untuk menyertai PRN secara solo demi membawa suara rakyat dan memperkenalkan politik baru yang menjauhi amalan lapuk.

Keputusan itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan Pakatan Harapan (PH) yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS, BERSATU dan GERAKAN. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *