Connect with us

Terkini

Pengurus kilang percetakan maut ketika mendaki gunung bersama isteri

Seorang lelaki mengadu sakit dada lalu pengsan ketika mendaki Gunung Lambak, Kluang, bersama isterinya. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pengurus kilang percetakan maut ketika mendaki gunung bersama isteri
Foto: Gambar pasukan bomba dan penyelamat daerah Kluang memberi bantuan pernafasan awal kepada lelaki itu.
  • Seorang lelaki mengadu sakit dada lalu pengsan ketika mendaki Gunung Lambak, Kluang, bersama isterinya sebelum disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.
  • Menurut Sin Chew Daily, pasukan bomba dan penyelamat Johor menerima laporan seorang pendaki gunung pengsan di lokasi 800 meter Gunung Lambak pada 5 Jun lalu dan menghantar sepasukan anggotannya untuk menyelamatkan mangsa.
  • Difahamkan, lelaki bernama Zhang itu berasal dari Yong Peng, Johor, merupakan seorang pengurus kilang percetakan.
  • Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata mendiang tidak mempunyai sebarang penyakit atau rekod kesihatan dan mayat akan dibedah siasat hari ini (6 Jun 2023).

Johor – Seorang lelaki mengadu sakit dada lalu pengsan ketika mendaki Gunung Lambak, Kluang, bersama isterinya. 

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Menurut Sin Chew Daily, pasukan bomba dan penyelamat Johor menerima laporan seorang pendaki gunung pengsan di lokasi 800 meter Gunung Lambak pada 5 Jun lalu. 

Kemudian, pasukan bomba dan penyelamat daerah Kluang menghantar sepasukan anggotanya naik ke gunung untuk memberi bantuan pernafasan awal kepada lelaki itu.

Selepas lelaki itu dalam keadaan stabil, anggota bomba membawanya turun dari gunung bagi rawatan lanjut di hospital. 

Bagaimanapun, lelaki itu meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

Difahamkan, lelaki bernama Zhang itu berasal dari Yong Peng, Johor, merupakan seorang pengurus kilang percetakan. 

Beliau mendaki gunung bersama isterinya pada pagi itu.

Ketua Polis Daerah Kluang, ACP Bahrin Mohd Noh berkata mendiang tidak mempunyai sebarang penyakit atau rekod kesihatan, dan mayat akan dibedah siasat pada 6 Jun 2023.

Sumber: Sin Chew Daily

Author