Connect with us

Antarabangsa

Pemimpin Katolik Sudan Selatan bimbang amalan kahwin paksa kanak-kanak

Pemimpin Katolik di Sudan Selatan membangkitkan kebimbangan mengenai perkahwinan kanak-kanak secara paksa, demikian lapor Crux.

Ruszaini Ruslan

Published

on

Pemimpin Katolik Sudan Selatan bimbang amalan kahwin paksa kanak-kanak
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Pemimpin Katolik di Sudan Selatan membangkitkan kebimbangan mengenai perkahwinan kanak-kanak secara paksa.
  • “Sebagai pemimpin Gereja, kami tidak gembira dengan para bapa kerana anak gadis semakin hilang dari sekolah setiap tahun akibat perkahwinan paksa atau kehamilan,” – Uskup Mathew Remijio Adam.
  • “Air yang selama ini digalas akan sampai kepada anda melalui paip, malah jalan raya akan baik-baik saja dan pendidikan menentukan masa depan,” – Uskup Emmanuel Barnadino Lowi Napeta.
  • Lebih daripada 10 gadis dipaksa berkahwin setiap minggu di Sudan Selatan dan lebih 50 peratus daripada semua gadis di negara itu berkahwin sebelum umur 18 tahun. – Laporan Inisiatif Strategik untuk Wanita di Tanduk Afrika (SIHA).

Pemimpin Katolik di Sudan Selatan membangkitkan kebimbangan mengenai perkahwinan kanak-kanak secara paksa, demikian lapor Crux.

Mereka menyifatkan amalan tradisional itu menghalang impian anak gadis untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi dan memenuhi impian seumur hidup mereka.

“Sebagai pemimpin Gereja, kami tidak gembira dengan para bapa kerana anak gadis semakin hilang dari sekolah setiap tahun akibat perkahwinan paksa atau kehamilan,” kata Uskup Mathew Remijio Adam.

“Lihatlah usaha yang ibu mereka lakukan, mereka bercucuk tanam dan membina rumah untuk menampung pelajaran anak-anak gadis mereka, tetapi kamu membinasakannya,” katanya.

Senada dengan pendapat itu, Emmanuel Barnadino Lowi Napeta selaku Uskup keuskupan Torit menegaskan yang amalan lama itu tidak boleh diteruskan.

Menurutnya, dia pernah menyaksikan ibu bapa mengahwinkan anak gadisnya hanya kerana untuk memperoleh lembu sebagai mas kahwin.

“Jika anda mempunyai seorang anak gadis dan seorang anak lelaki yang berpendidikan, mereka mampu mengubah masyarakat.

“Air yang selama ini digalas akan sampai kepada anda melalui paip, malah jalan raya akan baik-baik saja dan pendidikan menentukan masa depan,” katanya.

Negara termuda dunia yang memperoleh kemerdekaan dari Sudan pada 2011 itu sememangnya terkenal dengan perkahwinan di usia muda.

Laporan Inisiatif Strategik untuk Wanita di Tanduk Afrika (SIHA) mendedahkan “lebih daripada 10 gadis dipaksa berkahwin setiap minggu di Sudan Selatan dan lebih 50 peratus daripada semua gadis di negara itu berkahwin sebelum umur 18 tahun”.

Lapan peratus pengantin kanak-kanak di negara itu hamil sebelum mencapai usia dewasa dan keengganan mereka untuk berkahwin boleh mengakibatkan mereka didera, disisihkan masyarakat atau dipenjara.

Pelan Tindak Balas Kemanusiaan untuk Sudan Selatan diketuai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan empat juta kanak-kanak perempuan terjejas akibat perkahwinan awal atau paksa pada 2022 meningkat daripada 2.7 juta pada 2021.

Sumber: Crux

Author

Antarabangsa

(VIDEO) Louisiana negeri AS pertama wajibkan paparan Sepuluh Perintah Tuhan di kelas awam

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gabenor Republikan, Jeff Landry.

Louisiana merupakan negeri pertama Amerika Syarikat (AS) mewajibkan Sepuluh Perintah Tuhan (Ten Commandments) dipaparkan di setiap bilik kelas sekolah awam.

Undang-undang ditandatangani Gabenor Republikan Jeff Landry pada Rabu itu mewajibkan paparan bersaiz poster tertulis butiran Sepuluh Perintah Tuhan menggunakan “tulisan besar dan mudah dibaca” di semua kelas awam, dari tadika sehingga ke universiti yang dibiayai kerajaan negeri.

Pembangkang mempersoalkan keabsahan undang-undang sedemikian dan berikrar untuk mencabarnya di mahkamah. 

Penyokong pula berkata langkah itu bukan semata-mata bersifat keagamaan, tetapi juga mempunyai kepentingan sejarah. 

Dalam bahasa undang-undang, Sepuluh Perintah Tuhan adalah “dokumen asas bagi kerajaan negeri dan negara kita.”

Poster-poster tersebut akan disertakan bersama empat perenggan “penjelasan konteks” menerangkan bagaimana Sepuluh Perintah Tuhan menjadi “bahagian penting dalam pendidikan awam Amerika selama hampir tiga abad,” yang mesti lengkap dipasang di bilik darjah menjelang awal 2025.

Di bawah undang-undang ini, dana negeri tidak akan digunakan bagi melaksanakan mandat tersebut tetapi poster-poster terbabit akan dibiayai melalui sumbangan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending