Connect with us

Antarabangsa

Pelampau Hindu rosakkan gereja di Uttar Pradesh

Kumpulan pelampau Hindu merosakkan sebuah gereja yang sedang dalam pembinaan berikutan mendakwa ia dibina secara haram.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pelampau Hindu rosakkan gereja di Uttar Pradesh
Foto: Keadaan sebuah gereja yang dirosakkan oleh kumpulan pelampau Hindu.

India – Kumpulan pelampau Hindu merosakkan sebuah gereja yang sedang dalam pembinaan berikutan mendakwa ia dibina secara haram.

Menerusi sebuah perkongsian video di Twitter Hindutva Watch, kejadian berlaku di Akbarpur, Kanpur Dehat, Uttar Pradesh.

Ahli kumpulan Bajrang Dal-Vishwa Hindu Parishad telah menconteng tulisan “Jai Shri Ram” menggunakan cat pada dinding gereja tersebut.

Tulisan itu merupakan kata-kata pujaan agama Hindu yang bermaksud “Maha suci Tuhan Ram”.

Ahli kumpulan pelampau itu turut menggantung bendera berwarna kuning saffron di atas gereja tersebut.

Warna saffron yang berona kuning atau jingga itu adalah warna yang sering dikaitkan dengan kepercayaan Hindu, di mana ia sering dipakai oleh para sami.

Kejadian ini bukan yang pertama kali dilakukan oleh Bajrang Dal-Vishwa Hindu Parishad.

Terdahulu, aktivis dari kumpulan yang sama pernah menyerang sebuah lagi gereja di Uttar Pradesh pada Februari dan mengugut para jemaah, mendakwa mereka melakukan penukaran agama secara paksa.

Sumber: Twitter Hindutva Watch

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *