Terkini
Pelabur semakin yakin, lebih banyak pelaburan bakal masuk ke Malaysia – Fahmi
Keyakinan pelabur terhadap Malaysia kini semakin baik, dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
- Keyakinan pelabur terhadap Malaysia kini semakin baik, dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
- Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata keyakinan itu dizahirkan para pelabur ketika beliau bertemu mereka di London baru-baru ini sewaktu melakukan lawatan kerja sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023.
- Beliau berkata misi pelaburan ke LTW 2023 dari 12 hingga 16 Jun itu juga menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital.
PUTRAJAYA — Keyakinan pelabur terhadap Malaysia kini semakin baik, dan ia akan mendorong lebih banyak pelaburan masuk ke negara ini tidak lama lagi, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata keyakinan itu dizahirkan para pelabur ketika beliau bertemu mereka di London baru-baru ini sewaktu melakukan lawatan kerja sempena Minggu Teknologi London (LTW) 2023.
Beliau berkata misi pelaburan ke LTW 2023 dari 12 hingga 16 Jun itu juga menyaksikan Malaysia meraih komitmen pelaburan bernilai RM8.3 bilion dalam pelbagai sektor teknologi digital.
“Kita telah tinggalkan satu perasaan positif dalam kalangan pelabur, mereka (dapat) rasa hala tuju, kestabilan politik dan keupayaan Malaysia untuk jadi pusat tumpuan bagi pelaburan.
“Mereka ada keyakinan tambahan. Insya-Allah, tidak mustahil, dalam masa tidak berapa lama lagi lebih banyak pelaburan masuk ke negara kita,” katanya. – BERNAMA
Sumber: Bernama