Connect with us

Terkini

Pastikan inisiatif Mecca Route lancar, tiada gangguan sistem – Saifuddin

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta supaya memastikan tidak berlaku sebarang gangguan bagi urusan jemaah haji Malaysia di bawah inisiatif Mecca Route.

Wartawan TMT

Published

on

Pastikan inisiatif Mecca Route lancar, tiada gangguan sistem – Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika mengadakan lawatan ke kaunter khas jemaah haji di KLIA Terminal 1.
  • Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta supaya memastikan tidak berlaku sebarang gangguan bagi urusan jemaah haji Malaysia di bawah inisiatif Mecca Route.
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, komitmen itu menjadi keutamaan pihaknya bagi memastikan urusan terbabit berjalan lancar.
  • “Tidak boleh ada gangguan, tidak boleh ada kekurangan kakitangan, begitu juga dengan sistem, tak boleh tergendala. Itu antara komitmen yang kita bagi kepada pihak JIM bagi memastikan tugas dan proses ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

SEPANG: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) diminta supaya memastikan tidak berlaku sebarang gangguan bagi urusan jemaah haji Malaysia di bawah inisiatif Mecca Route.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, komitmen itu menjadi keutamaan pihaknya bagi memastikan urusan terbabit berjalan lancar.

“Tidak boleh ada gangguan, tidak boleh ada kekurangan kakitangan, begitu juga dengan sistem, tak boleh tergendala.

“Itu antara komitmen yang kita bagi kepada pihak JIM bagi memastikan tugas dan proses ini berjalan lancar,” katanya kepada pemberita selepas tinjauan Menteri Dalam Negeri ke Kaunter Khas Jemaah Haji di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini (semalam).

Beliau juga memberi jaminan jemaah haji Malaysia tidak perlu risau tentang urusan dokumentasi kerana JIM akan membantu melancarkan urusan.

Dalam lawatan tersebut, beliau berpuas hati dengan kelancaran di bahagian Imigresen bagi kedua-dua negara, Malaysia dan Arab Saudi dan masa urusan dokumentasi diambil sangat pantas tidak sampai 30 saat.

“Saya percaya keselesaan jemaah keutamaan bagi kedua-dua negara dan saya mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kerajaan Malaysia kepada Arab Saudi atas inisiatif ini,” katanya.

Menerusi inisiatif Mecca Route, anggota imigresen Arab Saudi yang berada di kaunter di KLIA akan memeriksa pasport jemaah haji dan apabila jemaah Malaysia tiba di lapangan terbang Madinah atau Jeddah, mereka tidak perlu lagi menunggu proses imigresen dan kastam di negara itu.

Mecca Route merupakan inisiatif Kerajaan Arab Saudi di bawah kepimpinan Raja Salman Abdulaziz Al-Saud dan Putera Mahkota Mohammed Salman, yang dilaksanakan sejak 2017. Ia bertujuan mempermudahkan urusan jemaah Haji dan Umrah yang akan berlepas ke Tanah Suci diterajui bersama Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR), Lembaga Tabung Haji dan Malaysia Airport Holding (MAHB).

Sumber: Utusan

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending