Antarabangsa
Paru-paru berdarah, pelajar sekolah rendah dikejarkan ke hospital akibat vape haram
Beberapa pelajar sekolah rendah telah dimasukkan ke hospital disebabkan paru-paru rosak dan berdarah akibat penggunaan dan penjualan haram vape di England.
- Beberapa pelajar sekolah rendah telah dimasukkan ke hospital disebabkan paru-paru yang rosak dan berdarah akibat penggunaan dan penjualan haram vape di England.
- Berdasarkan data NHS England, seramai 40 anak muda umur bawah 19 tahun telah dirawat di hospital semenjak setahun yang lalu akibat penggunaan vape berlebihan.
- Bulan lalu, Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak mengumumkan rancangan menangani penjualan vape haram kepada kanak-kanak, dengan penubuhan ‘Pasukan penguatkuasaan vape haram’ dengan kos sebanyak tiga juta paun sterling.
Beberapa pelajar sekolah rendah telah dimasukkan ke hospital disebabkan paru-paru rosak dan berdarah akibat penggunaan dan penjualan haram vape di England.
Berdasarkan data NHS England, seramai 40 anak muda umur bawah 19 tahun telah dirawat di hospital semenjak setahun yang lalu akibat penggunaan vape berlebihan.
Genap setahun sehingga April, sekurang-kurangnya 15 kes kanak-kanak berusia sembilan tahun ke bawah dimasukkan ke hospital, 12 kes pada tahun lepas, dan dua kes pada tahun sebelumnyai, lapor Daily Mail.
The Royal College of Paediatrics and Child Health menyatakan vape bukan produk yang bebas risiko, bahkan ia berpotensi menyebabkan ketagihan yang lebih teruk berbanding rokok tradisional.
Profesor Andy Bush, pakar perubatan paru-paru kanak-kanak di Hospital Royal Brompton berkata, vape merbahaya kerana kita tidak tahu apa isi kandungannya.
Jelasnya, “Penggunaan serius e-rokok boleh menjadi penyebab dimasukkan ke hospital dan ICU akibat paru-paru berdarah, kegagalan fungsi paru-paru serta paru-paru bocor.”
Turut bimbang dengan perkara ini, Pengarah NHS England, Amanda Pritchard apabila statistik memperlihatkan peningkatan jumlah pengguna vape golongan muda yang memasuki hospital hampir empat kali ganda semenjak dua tahun lepas.
Bulan lalu, Perdana Menteri United Kingdom, Rishi Sunak mengumumkan rancangan menangani penjualan vape haram kepada kanak-kanak, dengan menubuhkan pasukan penguatkuasaan vape haram dengan kos tiga juta Paun Sterling.
Sumber: Daily Mail