Antarabangsa
Papar bendera Pride setara bendera AS, Rumah Putih dikecam veteran tentera
Veteran tentera Amerika Syarikat mendakwa Presiden Joe Biden dan pentadbirannya memperlekehkan bendera Amerika apabila meletakkan bendera Pride setara susunannya dengan bendera negara itu di Rumah Putih akhir minggu lalu.
- Veteran tentera Amerika Syarikat mendakwa Presiden Joe Biden dan pentadbirannya memperlekehkan bendera Amerika apabila meletakkan bendera Pride setara susunannya dengan bendera negara itu di Rumah Putih akhir minggu lalu.
- Insiden itu berlaku ketika pentadbiran Biden menyambut bulan Pride, yang meraikan kelompok songsang LGBT, dengan menghias bendera pelangi diapit dua bendera Amerika di balkoni Rumah Putih.
- Pengkritik menyifatkan perkara itu melanggar kod etika bendera AS yang mempunyai spesifikasi tertentu apabila diposisikan bersama bendera lain.
- “Bendera Amerika adalah simbol kebebasan dan kesaksamaan bagi apa sahaja warna kulit, pilihan seksual (yang sah disisi undang-undang) dan tiada satu kumpulan sosial pun memerlukan bendera lain.
- “Jika setiap kumpulan memahami maksud di sebalik bendera Amerika, ia tidak akan (menjadi sesuatu) memecah-belahkan,” kata Lt. Kol. Stuart Scheller, bekas tentera Marin.
Veteran tentera Amerika Syarikat mendakwa Presiden Joe Biden dan pentadbirannya memperlekehkan bendera Amerika apabila meletakkan bendera Pride setara susunannya dengan bendera negara itu di Rumah Putih akhir minggu lalu.
Insiden itu berlaku ketika pentadbiran Biden menyambut bulan Pride, yang meraikan kelompok songsang LGBT, dengan menghias bendera pelangi diapit dua bendera Amerika di balkoni Rumah Putih.
New York Post melaporkan pengkritik menyifatkan perkara itu melanggar kod etika bendera AS yang mempunyai spesifikasi tertentu apabila diposisikan bersama bendera lain.
“Bendera Amerika adalah simbol kebebasan dan kesaksamaan bagi apa sahaja warna kulit, pilihan seksual (yang sah disisi undang-undang) dan tiada satu kumpulan sosial pun memerlukan bendera lain.
“Jika setiap kumpulan memahami maksud di sebalik bendera Amerika, ia tidak akan (menjadi sesuatu) memecah-belahkan,” kata Lt. Kol. Stuart Scheller, bekas tentera Marin yang ditamatkan perkhidmatannya pada Ogos 2021.
“Setiap veteran yang telah berjuang dan banyak berkorban merasa jelek dengan simbol Pride memintas bendera negara di Rumah Putih,” kata bekas tentera Marin, Victor Marx yang mengasaskan All Things Possible, sebuah pertubuhan membantu bekas tentera yang trauma.
Wakil Florida di Kongres, Cory Mills (R-Fla.), yang juga veteran tentera, mengutuk malapetaka itu sebagai “memalukan” dan menegaskan “tiada bendera sepatutnya dikibarkan setaraf dengan bendera Amerika.”
Namun pembela kepada pentadbiran Biden mendakwa dan menyanggah kedudukan bendera kelompok songsang itu di Rumah Putih adalah bercanggahan dengan kod etika bendera AS.
Setakat ini, Rumah Putih tidak memberi sebarang maklum balas berhubung insiden itu.
Sumber: NY Post