Connect with us

Antarabangsa

Paderi mengaku bersalah kes pornografi kanak-kanak

Paderi James Jackson dari Priestly Fraternity of St. Peter (FSSP) mengaku bersalah di atas pertuduhan mahkamah persekutuan berkaitan bahan pornografi kanak-kanak, Khamis lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Paderi, James Jackson dari Priestly Fraternity of St. Peter (FSSP).
  • Paderi James Jackson dari Priestly Fraternity of St. Peter (FSSP) mengaku bersalah di atas pertuduhan mahkamah persekutuan berkaitan bahan pornografi kanak-kanak Khamis lalu.
  • Paderi berumur 68 tahun itu membuat pengakuannya sebelum tarikh perbicaraan dijadualkan pada 20 Jun ini.
  • Pengakuan jenayah yang dilakukannya adalah berkenaan tuduhan menerima bahan-bahan seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur.
  • Dengan pengakuannya itu, pendakwa raya akan menuntut hukuman mandatori minima lima tahun penjara dan tuduhan kedua berkenaan memiliki pornografi kanak-kanak bawah umur, digugurkan.

Paderi James Jackson dari Priestly Fraternity of St. Peter (FSSP) mengaku bersalah di atas pertuduhan mahkamah persekutuan berkaitan bahan pornografi kanak-kanak, Khamis lalu.

Paderi berumur 68 tahun itu membuat pengakuannya sebelum tarikh perbicaraan yang dijadualkan pada 20 Jun ini.

Pengakuan jenayah dilakukannya adalah berkenaan tuduhan menerima bahan-bahan seksual melibatkan kanak-kanak bawah umur, lapor Catholic News Agency (CNA).

Dengan pengakuannya itu, pihak pendakwa raya akan menuntut hukuman mandatori minima lima tahun penjara dan tuduhan kedua berkenaan memiliki pornografi kanak-kanak bawah umur, digugurkan.

Selain pertuduhan itu, paderi terbabit masih mempunyai kes jenayah tertangguh berkait pornografi kanak-kanak di Kansas, demikian tuntutan pihak berkuasa Kansas dipetik laporan sama.

Memetik laporan CNA, semenjak ditahan pada Oktober 2021, Jackson tidak diberikan mandat untuk berfungsi sebagai paderi bagi masyarakat umum.

FSSP dalam kenyataannya menyebut, “jenayah jenis itu sesuatu terlaknat, orang-orang Katolik perlu mendoakan mangsa pornografi dan berusaha menamatkan industri itu”.

Sumber: CNA Catholic News Agency

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *