Antarabangsa
Mustahil masyarakat antarabangsa iktiraf Taliban – Wakil PBB di Afghanistan
Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan berkata, adalah mustahil untuk masyarakat antarabangsa mengiktiraf Taliban kecuali pentadbiran berkenaan menarik balik larangan ke atas hak wanita, lapor Agensi Anadolu.

- Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan berkata, adalah mustahil untuk masyarakat antarabangsa mengiktiraf Taliban kecuali pentadbiran berkenaan menarik balik larangan ke atas hak wanita, lapor Agensi Anadolu.
- Roza Otunbayeva berkata, Majlis Keselamatan PBB dan agensi itu berdepan situasi sukar di Afghanistan berikutan sekatan ke atas wanita untuk terlibat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
- “Kami tidak diberikan penjelasan oleh pentadbiran berhubung larangan tersebut dan tiada jaminan mereka untuk menarik balik sekatan yang dibuat,” katanya.
- Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara dari Amerika Syarikat (AS) pada 15 Ogos lalu, pelbagai bantuan kewangan antarabangsa disekat sehingga menyebabkan krisis ekonomi, kemanusiaan dan krisis hak asasi manusia.
KABUL – Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Afghanistan berkata, adalah mustahil untuk masyarakat antarabangsa mengiktiraf Taliban kecuali pentadbiran berkenaan menarik balik larangan ke atas hak wanita, lapor Agensi Anadolu.
Roza Otunbayeva berkata, Majlis Keselamatan PBB dan agensi itu berdepan situasi sukar di Afghanistan berikutan sekatan ke atas wanita untuk terlibat pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
“Saya berterus-terang dengan halangan yang mereka ciptakan dengan sekatan dan dekri yang ditetapkan khususnya kepada kaum wanita dan kanak-kanak perempuan.
“Kami telah menyampaikan kepada mereka, selagi dekri tersebut ditetapkan hampir mustahil kerajaan akan diiktiraf masyarakat antarabangsa.
“Kami tidak diberikan penjelasan oleh pentadbiran berhubung larangan tersebut dan tiada jaminan mereka untuk menarik balik sekatan yang dibuat,” katanya.
Tegas Otunbayeva, kakitangan wanita tidak boleh digantikan dengan petugas lelaki seperti yang dicadangkan pihak Taliban.
Beliau pada masa sama turut mencadangkan Taliban supaya menarik balik sekatan bagi membolehkan PBB meneruskan sokongan sepenuhnya kepada rakyat di Afghanistan.
“Pentadbiran Taliban kekal mengamalkan autokratik. Komposisi kerajaan de facto adalah kakitangan lelaki sepenuhnya,” katanya.
Sejak Taliban mengambil alih pentadbiran negara dari Amerika Syarikat (AS) pada 15 Ogos lalu, pelbagai bantuan kewangan antarabangsa disekat sehingga menyebabkan krisis ekonomi, kemanusiaan dan krisis hak asasi manusia.
Malah, Taliban juga berterusan melancarkan sekatan walaupun memberi jaminan untuk melindungi hak asasi manusia dan wanita.
Lebih menyedihkan, apabila hak wanita dilucutkan termasuk hak untuk mendapat pendidikan, menjalani kehidupan awam sehingga menyebabkan ribuan wanita kehilangan kerja selepas dipaksa meletak jawatan dalam sektor kerajaan dan juga swasta.
Sumber: Ismaweb
