Connect with us

Terkini

MUDA kurang tarikan, tiada prestasi punca tidak diterima PH – Profesor Sains Politik

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kurang nilai dan tarikan yang dapat membawa faedah kepada Pakatan Harapan (PH) menyebabkan permohonan parti itu untuk sertai PH sebagai ahli gabungan tidak mendapat sebarang maklum balas

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

MUDA kurang tarikan, tiada prestasi punca tidak diterima PH – Profesor Sains Politik
Foto: Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (kiri) dan Profesor Sains Politik UPM, Datuk Prof Dr Jayum Anak Jawan (kanan).
  • Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kurang nilai dan tarikan yang dapat membawa faedah kepada Pakatan Harapan (PH) menyebabkan permohonan parti itu untuk sertai PH sebagai ahli gabungan tidak mendapat sebarang maklum balas.
  • Profesor Sains Politik UPM, Datuk Prof Dr Jayum Anak Jawan berpandangan daripada PH menerima MUDA lebih baik sekiranya parti itu memperkasakan bahagian pemuda yang sedia ada dalam parti gabungan tersebut.
  • “Situasi ini memperlihatkan PH seolah-olah tidak memberi kepercayaan kepada pemuda parti sendiri sehingga perlu bawa MUDA masuk, sedangkan MUDA tidak ada prestasi untuk ditunjukkan sebagai tarikan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times, di sini pada Selasa.
  • Mengulas pendirian MUDA yang ingin bergerak solo dalam PRN akan datang, Dr Jayum berkata sekalipun parti itu mampu meraih undi daripada pengundi muda namun tetap bilangannya tidak cukup untuk meletakkan MUDA ke hadapan.
  • Ini kerana, rata-rata pengundi muda hanya mewakili sebahagian kecil daripada keseluruhan pengundi di setiap kawasan pilihan raya selain MUDA juga masih memerlukan sokongan daripada kelas pengundi lain seperti wanita, pengundi etnik dan sebagainya.

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) kurang nilai dan tarikan yang dapat membawa faedah kepada Pakatan Harapan (PH) menyebabkan permohonan parti itu untuk sertai PH sebagai ahli gabungan tidak mendapat sebarang maklum balas.

Profesor Sains Politik UPM, Datuk Prof Dr Jayum Anak Jawan berpandangan daripada PH menerima MUDA lebih baik sekiranya parti itu memperkasakan bahagian pemuda yang sedia ada dalam parti gabungan tersebut.

“Ini berlaku kerana MUDA kurang nilai; kurang tarikan yang dapat membawa faedah kepada PH. 

“Daripada menerima MUDA, lebih baik PH perkasakan bahagian pemuda mereka kerana bila MUDA dibawa masuk, MUDA akan mengambil bahagian yang patut disalurkan kepada bahagian dan ahli pemuda dalam parti komponen PH.

“Situasi ini memperlihatkan PH seolah-olah tidak memberi kepercayaan kepada pemuda parti sendiri sehingga perlu bawa MUDA masuk, sedangkan MUDA tidak ada prestasi untuk ditunjukkan sebagai tarikan,” katanya ketika dihubungi The Merdeka Times.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengapa permohonan MUDA untuk menyertai PH secara rasmi sejak tahun lalu masih tidak mendapat sebarang maklum balas sekalipun parti itu kini menjadi sebahagian daripada kerajaan.

Mengulas pendirian MUDA yang ingin bergerak solo dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang, Dr Jayum berkata sekalipun parti itu mampu meraih undi daripada pengundi muda namun tetap bilangannya tidak cukup untuk meletakkan MUDA ke hadapan.

Ini kerana, rata-rata pengundi muda hanya mewakili sebahagian kecil daripada keseluruhan pengundi di setiap kawasan pilihan raya selain MUDA juga masih memerlukan sokongan daripada kelas pengundi lain seperti wanita, pengundi etnik dan sebagainya.

Katanya, prestasi presiden MUDA semasa menjadi Ahli Parlimen Muar dan Menteri Belia dan Sukan juga tidak begitu menyerlah untuk dijadikan daya tarikan mendapatkan undi.

“MUDA ada peluang jika ia berkerjasama dengan parti yang lebih mantap, besar dan luas tarikan. 

“MUDA ibarat cawangan seperti Pemuda, Puteri, Wanita kepada parti besar…Secara realiti, orang muda tidak seramai mana dalam setiap kawasan pilihan raya baik di peringkat atau kawasan parlimen maupun di peringkat negeri,” katanya.

Terdahulu, MUDA mengesahkan untuk menyertai PRN secara solo demi membawa suara rakyat dan memperkenalkan politik baru yang menjauhi amalan lapuk.

Keputusan itu membuatkan MUDA bakal bertembung dengan Pakatan Harapan (PH) yang bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) serta Perikatan Nasional (PN) yang dianggotai oleh PAS, BERSATU dan GERAKAN. — The Merdeka Times

Authors