Antarabangsa
Midfielder Pakistan, Amina Hanif kongsi pengalaman berhijab atas padang
Pemain tengah (Midfielder) Pakistan, Amina Hanif yang kini mewakili Chesham United berkongsi pengalaman bermain bola sepak sambil bertudung.

- Pemain tengah Pakistan, Amina Hanif yang kini mewakili Chesham United berkongsi pengalaman bermain bola sepak sambil bertudung.
- Menurut laporan Geo News, Amina berkongsi, pada mulanya, sukar untuk dia bermain dengan tudung tetapi keadaan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
- Amina, yang baru-baru ini membuat penampilan sulung untuk Pakistan, mahu menjadi inspirasi untuk gadis muda bermain bola sepak.
- “Komuniti Pakistan di United Kingdom (UK) tidak diiktiraf dalam banyak sukan. Tetapi dengan menjadi sebahagian daripada pasukan, saya berharap ini akan memberi inspirasi kepada gadis lain untuk mengambil bahagian dalam sukan dan mengikuti minat mereka di Pakistan dan UK,” katanya.
Pemain tengah (Midfielder) Pakistan, Amina Hanif yang kini mewakili Chesham United berkongsi pengalaman bermain bola sepak sambil bertudung.
“Saya pernah terfikir yang saya sangat menyerlah ketika memakai tudung dan itu menurunkan keyakinan dan mengalih perhatian saya daripada permainan,” kata Amina kepada The Guardian.
Amina berkongsi, pada mulanya, sukar untuk dia bermain dengan tudung tetapi keadaan menjadi lebih baik dari semasa ke semasa.
“Lama kelamaan, sesuatu berlaku dan saya berhenti mengambil berat tentang segala-galanya. Rasa sangat lega apabila tiada apa-apa menjejaskan anda,” katanya.
Amina, yang baru-baru ini membuat penampilan sulung untuk Pakistan, mahu menjadi inspirasi untuk gadis muda bermain bola sepak.
“Saya suka menjadi berbeza, hijab itu bermaksud saya lebih menonjol di atas padang. Satu-satunya cabaran dihadapi pada masa kini adalah memperbetulkan semula tudung selepas menanduk bola atau menyembunyikan pin daripada pengadil sebelum perlawanan.
“Saya ditawarkan tudung berjenama Nike, tetapi saya mengharapkan tudung saya sendiri menjadi ikonik,” katanya.
“Matlamat saya adalah untuk bermain di peringkat tertinggi. Bagaimanapun, saya tidak pernah mendengar banyak cerita tentang pasukan wanita Pakistan sehingga peluang itu datang. Ia menunjukkan bahawa anda tidak pernah benar-benar tahu ke mana kehidupan akan membawa anda.
“Komuniti Pakistan di United Kingdom (UK) tidak diiktiraf dalam banyak sukan. Tetapi dengan menjadi sebahagian daripada pasukan, saya berharap ini akan memberi inspirasi kepada gadis lain untuk mengambil bahagian dalam sukan dan mengikuti minat mereka di Pakistan dan UK,” katanya.
Dia juga menyokong bakat tempatan di Pakistan untuk menjadi baik jika ada sistem bola sepak yang betul.
“Pakistan mempunyai populasi yang begitu besar dan percayalah saya, ada bakat di luar sana, iaitu lelaki dan perempuan. Sayang sekali tiada persediaan sebenar atau peninjauan di tempat mereka.
“Saya harap dengan membawa lebih banyak kejayaan bersama pasukan kebangsaan, wanita lain akan merasakan masa dan usaha mereka berbaloi untuk mengejar impian mereka,” kata Amina.
Sumber: Geo News
