Antarabangsa
Menteri rejim Zionis Israel mahu rumah pejuang Palestin dimusnahkan
Di tengah-tengah gesaan untuk menamatkan keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat, Menteri Keselamatan paling kanan rejim Zionis, mendesak tindakan lebih keras dikenakan terhadap penentangan Palestin, termasuk memusnahkan rumah mereka.

- Di tengah-tengah gesaan menamatkan keganasan semakin meningkat di Tebing Barat, Menteri Keselamatan paling kanan rejim Zionis, mendesak tindakan lebih keras dikenakan terhadap penentangan Palestin, termasuk memusnahkan rumah mereka.
- Itamar Ben-Gvir berkat, kerajaan rejim Zionis perlu melaksanakan operasi ketenteraan di Tebing Barat termasuk meranapkan tempat tinggal penentang Palestin selain melaksanakan pembunuhan bersasar.
- Menteri kanan lain yang berhaluan kanan dalam kerajaan gabungan Netanyahu itu juga turut menggesa operasi ketenteraan berskala penuh dilaksanakan di seluruh Tebing Barat.
- Gesaan agar tindakan lebih tegas itu dibuat selepas sekumpulan pendatang haram rejim aparteid Israel menyerang penduduk Palestin, serta membakar kereta dan bangunan sebagai tindakan balas terhadap serangan oleh HAMAS sehari sebelumnya.
RAMALLAH – Di tengah-tengah gesaan untuk menamatkan keganasan yang semakin meningkat di Tebing Barat, Menteri Keselamatan paling kanan rejim Zionis, mendesak tindakan lebih keras dikenakan terhadap penentangan Palestin, termasuk memusnahkan rumah mereka.
Itamar Ben-Gvir pada Rabu berkata kepada parlimen bahawa, kerajaan rejim Zionis perlu melaksanakan operasi ketenteraan di Tebing Barat termasuk meranapkan tempat tinggal penentang Palestin selain melaksanakan pembunuhan bersasar.
Menteri kanan lain yang berhaluan kanan dalam kerajaan gabungan Netanyahu itu juga turut menggesa operasi ketenteraan berskala penuh dilaksanakan di seluruh Tebing Barat.
Gesaan agar tindakan lebih tegas itu dibuat selepas sekumpulan pendatang haram rejim aparteid Israel menyerang penduduk Palestin, serta membakar kereta dan bangunan sebagai tindakan balas terhadap serangan oleh HAMAS sehari sebelumnya.
Dilaporkan seorang warga Palestin maut ditembak semasa serangan itu manakala sekurang-kurangnya seorang lagi cedera parah, kata pegawai kesihatan Palestin.
Menurut Yaqoub Oweis, Pengerusi Majlis Kampung Al-Lubban Al-Sharqeya di Ramallah, tentera dan polis rejim haram aparteid Israel hanya memerhati ketika sekumpulan besar pendatang haram rejim itu membakar stesen minyak, kebun, kilang simen dan berpuluh-puluh kereta.
AS mengutuk serangan itu dan menyeru pihak berkuasa rejim haram aparteid Israel untuk segera menghentikan keganasan, melindungi orang awam dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab. Mesir dan Jordan turut mengutuk serangan ke atas rakyat Palestin di Tebing Barat.
Sumber: Samudera

You must be logged in to post a comment Login