Connect with us

Terkini

MCMC tidak teragak-agak ambil tindakan perundangan terhadap META

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan pihaknya tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta, syarikat induk Facebook, susulan kerjasama tidak memadai daripada Meta untuk menurunkan kandungan memudaratkan daripada platformnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

MCMC tidak teragak-agak ambil tindakan perundangan terhadap META
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan pihaknya tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta, syarikat induk Facebook, susulan kerjasama tidak memadai daripada Meta untuk menurunkan kandungan memudaratkan daripada platformnya.
  • MCMC berkata platform Facebook sejak akhir-akhir ini telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen kaum, institusi diraja dan agama (3R) dan lain-lain.
  • MCMC juga mendakwa Meta gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya.
  • “Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital,” menurut MCMC dalam kenyataan hari ini.

PUTRAJAYA — Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) memaklumkan pihaknya tidak mempunyai pilihan selain mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta, syarikat induk Facebook, susulan kerjasama tidak memadai daripada Meta untuk menurunkan kandungan memudaratkan daripada platformnya.

Menurut MCMC, platform Facebook sejak akhir-akhir ini telah dibelenggu dengan jumlah kandungan memudaratkan yang signifikan membabitkan elemen kaum, institusi diraja dan agama (3R), penyamaran, judi dalam talian serta iklan-iklan penipuan, sehubungan itu, MCMC telah menghubungi Meta untuk menurunkan kandungan yang dimaksudkan daripada platformnya.

MCMC memaklumkan, di sebalik permohonan berulang kali daripada pihak MCMC, Meta gagal mengambil tindakan secukupnya dalam menangani isu berkaitan kandungan memudaratkan pada platform mereka dan tidak bekerjasama sepenuhnya dalam menurunkan kandungan tersebut.

“Maklum balas pihak Meta yang lembab dan kurang memuaskan, tidak setimpal dengan keseriusan perkara berkenaan dan ini telah mengundang kebimbangan dan penelitian awam.

“Memandangkan tahap kerjasama yang diberikan oleh Meta adalah tidak memadai, pihak MCMC tidak teragak-agak untuk mengambil langkah definitif atau tindakan perundangan terhadap Meta sebagai langkah untuk memastikan pengguna dilindungi dan mempunyai persekitaran selamat dalam alam digital,” menurut MCMC dalam kenyataan hari ini.

MCMC memaklumkan tindakan berkenaan adalah perlu dalam menyemai kebertanggungjawaban untuk keselamatan siber selain memperkasakan perlindungan pengguna terhadap kandungan memudaratkan termasuk aktiviti penipuan.

Menurut kenyataan itu, MCMC tidak akan berkompromi terhadap sebarang perbuatan menyalahguna platform dalam talian dan telekomunikasi, rangkaian atau kemudahan dalam talian secara berterusan untuk aktiviti siber berniat jahat, ‘phishing’ atau pancingan data atau sebarang kandungan yang mengganggu guat kestabilan kaum, keharmonian sosial serta penghinaan terhadap institusi diraja. — BERNAMA

Sumber: Bernama

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *