Antarabangsa
Masjid bersejarah ditutup 225 tahun di Mesir dibuka semula
Sebuah masjid abad ke-13 yang rosak selepas digunakan selama bertahun-tahun sebagai kilang sabun, pusat penyembelihan dan kubu dibuka semula semalam selepas menjalani kerja-kerja pemulihan yang lama.

- Sebuah masjid abad ke-13 yang rosak selepas digunakan selama bertahun-tahun sebagai kilang sabun, pusat penyembelihan dan kubu dibuka semula semalam selepas menjalani kerja-kerja pemulihan yang lama.
- Masjid Al-Zhahir Baybars yang dibina di bawah pemerintahan Mamluk pada 1268, merangkumi kawasan seluas 1.2 hektar di utara Kaherah, menjadikannya masjid ketiga terbesar di Mesir.
- Masjid itu menjalani pemulihan mekanikal dan kimia untuk mengembalikannya kepada keadaan asal, kata Tarek Mohamed El-Behairy, yang menyelia pemulihan itu.
- Kerja-kerja pemulihan yang menelan belanja AS$7.68 juta (RM35.16 juta) itu dibiayai bersama dengan Kazakhstan dan bermula pada 2007.
KAHERAH: Sebuah masjid abad ke-13 yang rosak selepas digunakan selama bertahun-tahun sebagai kilang sabun, pusat penyembelihan dan kubu dibuka semula semalam selepas menjalani kerja-kerja pemulihan yang lama.
Masjid Al-Zhahir Baybars yang dibina di bawah pemerintahan Mamluk pada 1268, merangkumi kawasan seluas 1.2 hektar di utara Kaherah, menjadikannya masjid ketiga terbesar di Mesir.
Masjid itu menjalani pemulihan mekanikal dan kimia untuk mengembalikannya kepada keadaan asal, kata Tarek Mohamed El-Behairy, yang menyelia pemulihan itu.
“Ada bahagian yang musnah, ada bahagian yang digantikan kerana strukturnya tidak sesuai untuk kekal dalam masjid.
“Tetapi kami sangat berminat, walaupun dalam proses pembinaan semula, untuk bekerja mengikut gaya arkeologi yang betul,” katanya.
Kerja-kerja pemulihan yang menelan belanja AS$7.68 juta (RM35.16 juta) itu dibiayai bersama dengan Kazakhstan dan bermula pada 2007.
Selama 225 tahun, masjid itu sama ada ditutup, ditinggalkan atau beroperasi untuk tujuan bukan agama yang menyumbang kepada kerosakannya.
Ketika kempen Napoleon di Mesir, ia digunakan sebagai kubu tentera, kemudian di bawah pemerintahan Uthmaniyyah pada abad ke-19 sebagai kilang sabun. Kemudian, apabila British menyerang Mesir pada 1882, ia digunakan sebagai rumah penyembelihan.
Al-Zahir Baybars adalah seorang tokoh terkemuka dalam sejarah Mesir dengan mengukuhkan pemerintahan Mamluk di Mesir yang berlangsung selama tiga abad hingga 1517. – Reuters
Sumber: Berita Harian
