Connect with us

Terkini

Manfaat kekuatan kerajaan untuk bela semua suku kaum, agama – PM

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seluruh rakyat di negara ini memanfaatkan kekuatan kerajaan masa kini untuk bersama-sama membangun dan membela nasib semua kaum serta agama yang ada di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Manfaat kekuatan kerajaan untuk bela semua suku kaum, agama – PM
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seluruh rakyat di negara ini memanfaatkan kekuatan kerajaan masa kini untuk bersama-sama membangun dan membela nasib semua kaum serta agama yang ada di Malaysia.
  • Beliau berkata sesebuah negara itu hanya dapat dimajukan dalam semua perkara, termasuk yang melibatkan suku kaum dan agama jika kerajaan itu stabil dan mendapat kerjasama serta sokongan penuh daripada seluruh rakyat.
  • “Kenapa kita mahu raikan semua perayaan suku kaum dan agama yang ada di Malaysia? Kerana kita mahu semua rakyat di Malaysia maju. Persaingan itu kita buat untuk kebaikan, bukan permusuhan dan sebab itu saya rasa penting rakyat Sabah juga dapat menyokong semua program yang dilaksanakan oleh kerajaan kukuh di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
  • “Rakyat Sabah perlu gunakan kekuatan kerajaan untuk sama-sama berganding bahu memaju dan membangunkan negeri ini, sekali gus membela rakyat Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Perpaduan Rakyat Parlimen Papar bersama Perdana Menteri di Palm Square Kinarut dekat sini semalam.

PAPAR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta seluruh rakyat di negara ini memanfaatkan kekuatan kerajaan masa kini untuk bersama-sama membangun dan membela nasib semua kaum serta agama yang ada di Malaysia.

Beliau berkata sesebuah negara itu hanya dapat dimajukan dalam semua perkara, termasuk yang melibatkan suku kaum dan agama jika kerajaan itu stabil dan mendapat kerjasama serta sokongan penuh daripada seluruh rakyat.

“Kenapa kita mahu raikan semua perayaan suku kaum dan agama yang ada di Malaysia? Kerana kita mahu semua rakyat di Malaysia maju. Persaingan itu kita buat untuk kebaikan, bukan permusuhan dan sebab itu saya rasa penting rakyat Sabah juga dapat menyokong semua program yang dilaksanakan oleh kerajaan kukuh di bawah Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

“Rakyat Sabah perlu gunakan kekuatan kerajaan untuk sama-sama berganding bahu memaju dan membangunkan negeri ini, sekali gus membela rakyat Sabah,” katanya ketika berucap pada Program Semarak Perpaduan Rakyat Parlimen Papar bersama Perdana Menteri di Palm Square Kinarut dekat sini semalam.

Turut hadir Hajiji, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali, dan Timbalan Ketua Menteri lll  Datuk Shahelmey Yahya.

Mengulas lanjut, Anwar berkata walaupun dasar kerajaan seperti yang terkandung dalam Perlembagaan mengatakan Islam itu adalah agama rasmi Malaysia dan Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan, namun ia tidak menghalang negara ini meraikan kepelbagaian.

“Kita tidak menghalang agama lain untuk melaksanakan hak-hak mereka… jangan hina kaum atau agama lain kerana itu hanya mendatangkan perbalahan. Oleh itu kita kena hormat menghormati dan terima berbezaan yang ada… apa yang saya mahukan adalah negara yang menghormati semua pihak,” katanya.

Pada majlis yang sama, Anwar turut berkesempatan menyerahkan kad pesara kepada keluarga Allahyarham Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub dilaporkan meninggal dunia ketika dalam misi menawan Everest menerusi Malaysia Everest 2023 (ME2023) baru-baru ini. 

Sumber: Bernama

Author

Terkini

‘Edisi Siasat’ disiasat

Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.
  • Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.
  • Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.
  • Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 
  • “Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.
  • “Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Polis akan menyiasat pihak yang menyebarkan maklumat kononnya mendakwa memiliki laporan siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin yang tular di akaun telegram ‘Edisi Siasat’ semalam.

Kandungan yang tular terbabit berbentuk pengakuan tentang kronologi kisah pembunuhan Zayn Rayyan yang dirancang oleh kedua ibu bapanya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, JSJ Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, MCMC bagi mengesan individu yang terlibat. 

“Ia adalah perkara yang perlu dilakukan, samada pihak MCMC berkemampuan itu saya tidak pasti. Kami akan siasat apa yang telah dikeluarkan dalam konteks ES itu dan ingin saya katakan sekali lagi segala perkara yang melibatkan siasatan ini harus datang dari pihak yang rasmi.

“Kita akan menyiasat sepenuhnya. Sesiapa yang kita kenalpasti, saya tidak teragak-agak langsung kerana segala penat jerih rakan-rakan boleh tergugat dengan perkara itu,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman sebentar tadi.

Beliau bertegas bahawa perbuatan tidak bertanggungjawab itu boleh mengganggu perbicaraan kes bagi menegakkan keadilan terhadap kanak-kanak malang itu serta memberi implikasi kepada semua pihak termasuk pihak pendakwaan, pembelaan dan juga keluarga mangsa.

Mengulas mengenai kenyataan peguam Fahmi Abd Moin yang mendakwa siasatan di bawah Seksyen 302  Kanun Keseksaan masih dijalankan sehingga pelaku sebenar ditahan, beliau berkata siasatan telah selesai selepas pendakwaan terhadap ibu bapa mangsa di mahkamah semalam.

“Seperti yang saya katakan semalam, bahagian kita dalam menyiasat kes itu telah diakhiri dengan pendakwaan ibu bapa Zayn Rayyan.

“Sekiranya ada pendedahan baharu semasa prosiding perbicaraan dan Timbalan Pendakwa Raya mengarahkan kami menyiasat lebih lanjut, kami akan berbuat demikian,” tambahnya.

Mengenai tindakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor yang kini menjaga adik Zayn Rayyan, beliau berkata ia adalah tanggungjawab undang-undang dan moral untuk berbuat demikian. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending