Connect with us

Antarabangsa

Liga Hoki Kebangsaan AS enggan pakai jersi LGBTQ, sifatkan ia satu gangguan

Pemain Liga Hoki Kebangsaan (NHL) di Amerika Syarikat tidak akan memakai jersi LBGTQ ketika memanaskan badan pada Pride Nights, demikian lapor Fox News.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Ruszaini Ruslan

Published

on

Liga Hoki Kebangsaan AS enggan pakai jersi LGBTQ, sifatkan ia satu gangguan
Foto: Pemain pertahanan Philadelphia Flyers, Ivan Provorov.
  • Pemain Liga Hoki Kebangsaan (NHL) di Amerika Syarikat tidak akan memakai jersi LBGTQ ketika memanaskan badan pada Pride Nights.
  • Pengumuman itu dibuat ketika berlangsungnya Pride Month, di mana liga itu telah dikritik kerana tidak ‘mengalu-alukan’ komuniti LGBTQ di perlawanannya.
  • “…kami tidak akan menukar jersi untuk memanaskan badan kerana itu hanya menjadi gangguan daripada apa sebenarnya intipati tujuan malam ini,” – Pesuruhjaya NHL, Gary Bettman.
  • Chicago Blackhawks, New York Rangers dan Minnesota Wild pernah menarik diri daripada persetujuan memakai jersi bertemakan LBGTQ, antara lain, atas faktor pegangan agama dan keselamatan pemain.

Pemain Liga Hoki Kebangsaan (NHL) di Amerika Syarikat tidak akan memakai jersi LBGTQ ketika memanaskan badan pada Pride Nights, demikian lapor Fox News.

Pesuruhjaya NHL, Gary Bettman berkata pemain tidak akan mengenakan sebarang jersi bertema ketika beraksi di gelanggang luncur ais.

“Saya mencadangkan yang adalah wajar untuk kelab tidak memakai jersi lain ketika memanaskan badan kerana ia menjadi gangguan… dan kami lebih suka mereka terus mendapat perhatian yang sewajarnya dan bukan menjadi gangguan,” katanya.

Pengumuman itu dibuat ketika berlangsungnya Pride Month, di mana liga itu telah dikritik kerana tidak ‘mengalu-alukan’ komuniti LGBTQ di perlawanannya.

Katanya, tindakan itu juga dibuat demi mengekalkan fokus pemain terhadap perlawanan.

“Satu-satunya perbezaan ialah kami tidak akan menukar jersi untuk memanaskan badan kerana itu hanya menjadi gangguan daripada apa sebenarnya intipati tujuan malam ini,” katanya.

Pemain pertahanan Philadelphia Flyers, Ivan Provorov sebelum ini dilaporkan enggan memakai jersi bertemakan Pride atas dasar pegangan agamanya iaitu Ortodoks Russia.

Chicago Blackhawks, New York Rangers dan Minnesota Wild juga pernah menarik diri daripada persetujuan memakai baju sejuk bertema sedemikian.

Selain itu, pemain lain dalam kalangan beberapa pasukan turut memilih untuk tidak berbuat demikian disebabkan pegangan agama dan keselamatan.

Sumber: Fox News

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *