Connect with us

Antarabangsa

Lelaki bakar al-Quran di luar masjid Sweden, didakwa

Seorang lelaki yang menghina al-Quran dengan membakar kitab suci itu di luar sebuah masjid utama di ibu negara Sweden, didakwa oleh polis.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lelaki bakar al-Quran di luar masjid Sweden, didakwa
Foto: Salwan Momika (tengah) yang membakar al-Quran di luar masjid di Sweden.
  • Pembakar al-Quran, Salwan Momika, 37, yang menghina al-Quran di luar sebuah masjid utama di ibu negara Sweden kini berdepan tuduhan dengan niat mencetuskan `provokasi terhadap kumpulan etnik’. 
  • Keputusan membenarkan protes demikian dilakukan adalah berdasarkan hak kebebasan bersuara dan mendakwa demonstrasi itu tidak mencetuskan sebarang `gangguan di tempat awam’.
  • Salwan masih akan didakwa kerana membakar kitab suci itu berhampiran dengan masjid dan akan disiasat atas kesalahan melanggar larangan sementara dengan melakukan pembakaran terbuka di tempat awam susulan gelombang haba.  
  • Terdahulu, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan biadab Salwan yang membakar kitab suci umat Islam itu.
  • Salwan pada mulanya mengoyakkan beberapa helaian al-Quran lalu mengelap kasutnya lalu meletakkan hirisan bakon sebelum membakar kitab suci itu.

STOCKHOLM: Seorang lelaki yang menghina al-Quran dengan membakar kitab suci itu di luar sebuah masjid utama di ibu negara Sweden, didakwa oleh polis.

Salwan Momika, 37, kini berdepan tuduhan dengan niat mencetuskan `provokasi terhadap kumpulan etnik’. 

Tindakan yang dilakukan oleh pelarian dari Iraq itu atas alasan mahu memperjuangkan kebebasan bersuara.

Menurut pihak berkuasa, keputusan membenarkan protes demikian dilakukan adalah berdasarkan hak kebebasan bersuara.

Malah, pihak berkuasa mendakwa demonstrasi itu tidak mencetuskan sebarang `gangguan di tempat awam’.

Namun, katanya, Salwan masih akan didakwa kerana membakar kitab suci itu berhampiran dengan masjid.

Jelasnya, Salwan juga akan disiasat atas kesalahan melanggar larangan sementara dengan melakukan pembakaran terbuka di tempat awam susulan gelombang haba.   

Mengulas mengenai tindakan menghina al-Quran, Perdana Menteri Sweden, Ulf Kristersson menganggap protes dilakukan Salwan adalah `mengikut undang-undang namun ia tidak sesuai’. 

Katanya, terserah pada budi bicara polis untuk membenarkannya atau tidak. 

Terdahulu, kira-kira 200 penduduk menyaksikan perbuatan biadab Salwan yang membakar kitab suci umat Islam itu.

Salwan pada mulanya mengoyakkan beberapa helaian al-Quran lalu mengelap kasutnya. Dia kemudian meletakkan hirisan bakon sebelum membakar kitab suci itu.

Sementara seorang individu yang bersama Salwan pula dilihat melaungkan kata-kata menggunakan alat pembesar suara.

Perbuatan biadab dilakukan oleh lelaki berkenaan di luar masjid di Stockholm menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha, mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.

Malah, tindakan itu mencetuskan kemarahan Turkiye ketika Sweden berusaha untuk menyertai Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Sementara itu, Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan mengecam dan menyifatkan tindakan Salwan membakar al-Quran sebagai perbuatan keji.

“Sudah tentu, tindakan anti-Islam seperti ini tidak boleh diterima sama sekali, apatah lagi dia menggunakan alasan kebebasan bersuara,” katanya.

Turkiye turut mengutuk keputusan pihak berkuasa Sweden yang membenarkan demonstrasi sedemikian dilakukan di luar masjid. 

Insiden itu berlaku selepas polis meluluskan permit membenarkan Salwan melakukan pembakaran itu, dua minggu selepas mahkamah rayuan Sweden menolak tindakan polis membatalkan permit mengadakan demonstrasi di Stockholm termasuk membakar al-Quran. 

Sumber: Utusan Malaysia 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *