Connect with us

Terkini

Kemiskinan antara punca utama keciciran pelajar sekolah

Kemiskinan adalah antara punca utama keciciran pelajar, terutamanya di sekolah menengah, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying. 

Wartawan TMT

Published

on

Kemiskinan antara punca utama keciciran pelajar sekolah
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kemiskinan adalah antara punca utama keciciran pelajar, terutamanya di sekolah menengah, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying. 
  • Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk bekerja demi menanggung ekonomi dan kos sara hidup keluarga mereka.
  • “Ini adalah satu masalah sosial yang perlu kita tangani dan cari jalan bagaimana untuk menghadapinya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.
  • Selain itu, Lim berkata, KPM juga menyediakan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan untuk murid daripada keluarga berpendapatan rendah atau miskin antaranya Biasiswa Kecil Persekutuan, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Bantuan Awal Persekolahan, dan Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform.

KUALA LUMPUR – Kemiskinan adalah antara punca utama keciciran pelajar, terutamanya di sekolah menengah, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying. 

Beliau berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati terdapat pelajar yang tidak hadir ke sekolah untuk bekerja demi menanggung ekonomi dan kos sara hidup keluarga mereka.

“Ini adalah satu masalah sosial yang perlu kita tangani dan cari jalan bagaimana untuk menghadapinya,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Muhammad Ismi Mat Taib (PN-Parit) mengenai adakah kemiskinan menjadi punca keciciran pelajar dan apakah inisiatif kementerian untuk menanganinya.

Lim berkata, antara langkah yang sedang diusahakan KPM adalah untuk mewajibkan semua pelajar untuk menghabiskan 11 tahun persekolahan iaitu bermula Tahun 1, di sekolah rendah hingga Tingkatan 5, di sekolah menengah.

Ketika menjawab soalan asal yang dikemukakan oleh Muhammad Ismi berkenaan inisiatif KPM untuk membantu pelajar tercicir akibat kemiskinan, Lim berkata KPM telah memperluaskan pelaksanaan Sekolah Komprehensif 9 (K9) daripada 12 buah sedia ada kepada 17 sekolah.

“Matlamat utama sekolah K9 diwujudkan bagi menangani isu keciciran di kawasan pedalaman, terutamanya bagi murid menghadapi kesukaran untuk meneruskan pendidikan ke peringkat menengah atas faktor lokasi ke sekolah menengah yang jauh, bentuk muka bumi mencabar dan sosioekonomi keluarga,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata, konsep itu turut diperluaskan menjadi Sekolah Komprehensif 11 (K11) bagi memberi akses pendidikan yang lebih menyeluruh kepada pelajar bermula Tahun 1 hingga Tingkatan 5.

“Konsep K11 ini juga dijangka mampu mengurangkan kadar keciciran transisi murid daripada Tingkatan 3 ke Tingkatan 4 atau transisi peringkat pengajian menengah rendah ke menengah atas,” katanya.

Selain itu, Lim berkata, KPM juga menyediakan sebanyak 18 jenis bantuan persekolahan untuk murid daripada keluarga berpendapatan rendah atau miskin antaranya Biasiswa Kecil Persekutuan, Rancangan Makanan Tambahan, Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin, Bantuan Awal Persekolahan, dan Bantuan Pakaian Seragam Badan Beruniform.

“Pelbagai bantuan seperti pinjaman buku teks serta khidmat guru bimbingan dan kaunseling dan guru pemulihan turut disediakan bagi menyokong minat murid untuk meneruskan persekolahan,” katanya. 

Sumber: Bernama

Author

Terkini

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu – Saifuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Wartawan TMT

Published

on

Lawyers for Liberty jangan putar belit isu penguasaan bahasa Melayu - Saifuddin
Foto: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (kiri) & Pengarah Lawyers for Liberty, Zaid Malek (kanan).
  • Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.
  • Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.
  • “Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.
  • “Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.
  • Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

Tanjung Malim: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menasihati Lawyers for Liberty (LFL) supaya tidak memutar-belitkan isu penguasaan bahasa Melayu dalam proses pembaharuan pasport.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak pernah menolak sebarang permohonan direkodkan hanya kerana rakyat negara ini gagal menguasai bahasa kebangsaan itu.

“Saya tidak pernah sebut bahasa Melayu menjadi syarat untuk dapatkan pasport. Takkan fakta semudah itu saya naif sehingga tak tahu. Jadi LFL tidak perlu putar belit lebih.

“Hakikatnya tiada penolakan permohonan kerana bahasa, malah jumlah pasport yang kita keluarkan tahun ini adalah 2.3 juta.

“Kalau ada penolakan contohnya mereka pemegang pasport negara melakukan kesalahan di luar seperti tinggal lebih masa, apabila membuat permohonan semula pasport sudah semestinya ada semakan dan mungkin berakhir dengan tidak lulus.

“Tetapi kerana bahasa Melayu…tiada,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Stesen Parol Daerah (SPD) Jabatan Penjara Malaysia dengan kerjasama Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) di Kompleks Mini Kementerian Dalam Negeri (KDN) Daerah Muallim, dekat Slim River, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Komisioner Jeneral Penjara, Datuk Nordin Mohamad; Ketua Pengarah Rela, Datuk Yahya Sulaiman dan Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri.

Advertisement

Semalam, Pengarah LFL, Zaid Malek dilaporkan berkata menteri itu terkeliru mengenai syarat-syarat kewarganegaraan melalui penaturalisasian atau pendaftaran dengan syarat kewarganegaraan sebagai perkara undang-undang.

“Mengenakan syarat seperti itu adalah menyalahi undang-undang, keterlaluan dan akan menimbulkan kebimbangan di kalangan orang ramai,” kata Zaid seperti dilaporkan sebuah portal berita tempatan.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, sebagai warganegara adalah menjadi kewajipan untuk menguasai bahasa Melayu selaras martabatnya sebagai bahasa rasmi seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara yang kita tekankan adalah setiap warganegara Malaysia apabila berurusan di kaunter kerajaan paling kurang boleh berbahasa Melayu.

“Baik LFL atau pihak lain, jangan putar belit sampai seolah-olah syarat permohonan adalah bahasa, padahal kita tak pernah ungkap.

“Saya anjurkan semua warganegara termasuk LFL utamakan dahulu bahasa Melayu,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, seorang wanita mendakwa diherdik oleh pegawai imigresen di Pusat Transformasi Bandar (UTC), Johor gara-gara tidak tidak fasih berbahasa Melayu semasa memohon pembaharuan pasport anaknya.

Sumber : Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending