Connect with us

Antarabangsa

Kedutaan Sweden dirempuh masuk di Baghdad

Penunjuk perasaan Iraq merempuh masuk kedutaan Sweden di Baghdad pada Khamis, kerana berang dengan tindakan membakar al-Quran yang di luar masjid di Stockholm, insiden yang turut mengundang kecaman umat Islam di seluruh dunia.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kedutaan Sweden dirempuh masuk di Baghdad
Foto: Gambar penunjuk perasaan Iraq merempuh masuk kedutaan Sweden di Baghdad pada Khamis, semalam.
  • Penunjuk perasaan Iraq merempuh masuk kedutaan Sweden di Baghdad pada Khamis, kerana berang dengan tindakan membakar al-Quran yang di luar masjid di Stockholm, insiden yang turut mengundang kecaman umat Islam di seluruh dunia.
  • Sekumpulan penyokong ulama Syiah, Moqtada Sadr, berada di perkarangan bangunan kedutaan itu selama kira-kira 15 minit, kemudian beredar selepas pasukan keselamatan dikerahkan, kata seorang jurugambar AFP.
  • “Perlembagaan kami adalah Al-Quran,” menurut mesej pada risalah yang dibawa oleh penunjuk perasaan, dan mesej yang disembur di pintu pagar kompleks itu adalah, “Ya, ya kepada Al-Quran”.
  • Bantahan itu berlaku sehari selepas seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden, Salwan Momika, 37, memijak al-Quran sebelum membakar beberapa muka surat kitab suci itu di hadapan masjid terbesar di ibu negara itu.

Baghdad: Penunjuk perasaan Iraq merempuh masuk kedutaan Sweden di Baghdad pada Khamis, kerana berang dengan tindakan membakar al-Quran yang di luar masjid di Stockholm, insiden yang turut mengundang kecaman umat Islam di seluruh dunia.

Sekumpulan penyokong ulama Syiah, Moqtada Sadr, berada di perkarangan bangunan kedutaan itu selama kira-kira 15 minit, kemudian beredar selepas pasukan keselamatan dikerahkan, kata seorang jurugambar AFP.

“Perlembagaan kami adalah Al-Quran,” menurut mesej pada risalah yang dibawa oleh penunjuk perasaan, dan mesej yang disembur di pintu pagar kompleks itu adalah, “Ya, ya kepada Al-Quran”.

Bantahan itu berlaku sehari selepas seorang warga Iraq yang tinggal di Sweden, Salwan Momika, 37, memijak al-Quran sebelum membakar beberapa muka surat kitab suci itu di hadapan masjid terbesar di ibu negara itu.

Terdahulu, Polis Sweden memberikan permit kepadanya selaras dengan kebebasan bersuara sebelum pihak berkuasa membuka kes berhubung kekecohan.

“Dalam tempoh 10 hari, saya akan membakar bendera Iraq dan al-Quran di hadapan kedutaan Iraq di Stockholm,” kata Momika kepada akhbar Sweden, pada Khamis.

Insiden membakar al-Quran itu ketika permulaan sambutan Aidiladha yang diraikan umat Islam, mencetuskan kemarahan di seluruh dan di luar Timur Tengah.

Insiden itu mendapat perhatian Kementerian Luar Iraq yang mengecam keputusan Sweden kerana memberikan kebenaran kepada pelampau untuk membakar al-Quran.

Kementerian Luar Iraq menyifatkan tindakan itu sebagai provokasi yang boleh menyinggung perasaan umat Islam.

Khamis lalu, Kementerian Luar Iraq mengesahkan sudah memanggil duta Sweden ke Baghdad untuk memaklumkan bantahan negara itu terhadap kebenaran diberi kepada pelampau.

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) Matthew Miller memberitahu wartawan, Washington sangat bimbang dengan tindakan membakar al-Quran yang dikatakan boleh mengancam minoriti agama di Sweden, tetapi menyokong keputusan membenarkan demonstrasi itu.

“Mengeluarkan permit… bukan pengesahan tindakan demonstrasi,” kata Miller.

Sementara itu, Pertubuhan Kerjasama Islam yang dianggotai 57 anggota memaklumkan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan situasi itu.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *