Connect with us

Terkini

Isu guru sekolah Cina: KONGRES tidak setuju kenyataan Presiden Jiao Zong

Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee bahawa guru dihantar ke sekolah Cina ketika ini tidak layak mengajar bahasa Cina (Bahasa Mandarin).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Isu guru sekolah Cina: KONGRES tidak setuju kenyataan Presiden Jiao Zong
Foto: Presiden Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES), Jasni Md Kechik (kiri) dan Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee (kanan).
  • Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee bahawa guru dihantar ke sekolah Cina ketika ini tidak layak mengajar bahasa Cina (Bahasa Mandarin).
  • Presidennya, Jasni Md Kechik berkata institusi di mana graduan belajar di China semuanya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), maka silibus mereka belajar sesuai untuk kelayakan mengajar subjek bahasa Cina di sekolah Cina. 
  • Katanya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga membuat saringan sebelum mengambil graduan terbabit sebagai guru sebelum dihantar ke sekolah Cina.
  • Lek Aee dalam mesyuarat agung tahunan ke-72 Jiao Zong kelmarin menggesa KPM memindahkan guru yang tiada kelayakan keluar dari sekolah Cina.
  • Lek Aee dilaporkan sebagai berkata graduan ditempatkan di sekolah rendah Cina untuk mengajar subjek Bahasa Cina (Bahasa Mandarin) tidak layak kerana hanya mengikuti kursus Bahasa Cina komunikasi di China, selain tiada kelayakan dalam subjek Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

KUALA LUMPUR – Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan Malaysia (KONGRES) tidak bersetuju dengan kenyataan Presiden Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong), Cheah Lek Aee bahawa guru dihantar ke sekolah Cina ketika ini tidak layak mengajar bahasa Cina (Bahasa Mandarin).

Presidennya, Jasni Md Kechik berkata institusi di mana graduan belajar di China semuanya diiktiraf Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), maka silibus mereka belajar sesuai untuk kelayakan mengajar subjek bahasa Cina di sekolah Cina. 

Katanya, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga membuat saringan sebelum mengambil graduan terbabit sebagai guru sebelum dihantar ke sekolah Cina.

“Bila pergi ke sana (China) belajar dan mencukupi syarat, baru diambil (oleh kementerian) mengajar di sekolah-sekolah kita dan juga ditempatkan di sekolah. Contohnya, (mengajar) Bahasa Cina  untuk sekolah SJKC,” kata Jasni kepada The Merdeka Times ketika dihubungi di sini semalam.

Pengerusi Jiao Zong dalam mesyuarat agung tahunan ke-72 Gabungan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia kelmarin dilaporkan menggesa KPM memindahkan guru yang tiada kelayakan keluar dari sekolah Cina.

Lek Aee dilaporkan sebagai berkata graduan ditempatkan di sekolah rendah Cina untuk mengajar subjek Bahasa Cina tidak layak kerana mereka hanya mengikuti kursus Bahasa Cina komunikasi di negara China.

Beliau juga mendakwa kelompok graduan itu juga tiada kelayakan dalam subjek Bahasa Cina dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Jasni berkata guru-guru tersebut sebenarnya layak untuk mengajar subjek berkenaan di sekolah Cina.

“Tiada masalah sebab mereka telah diambil oleh kementerian maka sudah pasti ia (kementerian) akan mengkaji tentang penempatan.

“Sudah tentu dia (negara China) ada silibus yang membolehkan dia (graduan) mengajar sebagai seorang guru mandarin di sekolah Cina. Bagi saya, tiada masalah. Sebab semua silibus itu ada (kelayakan) MQA-nya,” katanya.

Beliau berkata walaupun graduan terbabit mengambil kursus bahasa Cina komunikasi tetapi mereka bukan sahaja akan mengajar komunikasi di sekolah, sebaliknya mengajar tatabahasa dan topik berkaitan bahasa berkenaan. 

Katanya, kementerian tidak akan mengambil seseorang itu menjadi guru jika mereka tidak layak berdasarkan penilaian MQA. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *